Thursday, December 19, 2013

Ke tepi ke tepi... Kenderaan Berat Nak Lalu!

Assalamualaikum... bila dah lama tak menaip rasa kaku la pulak... Di usia 33 minggu preggy ni.. daku dah umpama kenderaan berat.  2 minggu lepas masih boleh speed lagi  120km/j. Now??? Macam kontena/trailer/lori bawak lebih muatan nak naik bukit.... very slow.. macam bawak kenderaan kat kawasan sekolah...  Kalau kat highway yang kelajuannya seumpama ni, dah lama orang hon... siap kene dam lampu lagi....  "Puan sila lalu di lorong kecemasan yer... kenderaan terlalu perlahan" hehehe.

Tapi kadang-kadang jer la.. kadang-kadang pagi okey jer.. tapi sekarang lebih kerap kalau pagi jer aku dah termengah-mengah.. Jalan sikit pun dah letih... Dia orang cakap, biasalah tu.. bulan dah tua.. jalan dah terasa sakit... Pahala semua tu... 




kadang-kadang macam ni la aku rasa....



yang ni syok sikit... bila rasa selesa nak jalan... apa lagi... Speeeeeed laaaa! 

Bila dah time nak sakit.. nak melangkah pun seksa... macam nak nangis... tapi nak positiv punya pasal.. aku kenangkan mak aku yang dah ada 4 orang anak... dia lagi banyak kali sakit tau tau tau.....


Tuesday, November 26, 2013

Galakkan anak-anak suka pada buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pagi-pagi ni terfikir pulak pasal anak-anak zaman cyber dan serba moden ni.  Anak zaman sekarang lebih minat dengan gajet & alat permainan.  Bila disuruh membaca atau menghadap buku, mulalah beralasan itu ini, nak makanlah, mengantuklah dan macam-macam lagi yang boleh selamatkan dia orang daripada dekat dengan buku.  Jikalau dari kecil dah liat nak dekat buku, agak rumit kita nak dekatkan mereka dengan buku sebab dah terlalu leka dengan gajet & barang permainan.  

Lagi satu trend zaman sekarang, bila anak menangis hendakkan sesuatu, mesti diturutkan.  Tak salah nak ikut kehendak anak, tapi perlu ada batasnya, jangan sampai mereka terbiasa.  Bila kita terus menurut, mereka akan rasa apa yang mereka buat tu sesuatu yang betul.  Sesekali kita perlu kata tidak pada mereka.  Misalnya jika anak kita sangat suka dengan sesuatu barang maianan, sepuluh kedai pergi, 10 kedai itulah dia nak.. jikalau tak dapat mereka akan nangis ikut hati.  Kita?? malu orang sekeliling pandang... "Ok ok.. mama belikan  yer" Sekali sekala bolehlah kita ikutkan.. tapi lama-lama??? sendiri fikir okey... 

Saya tau kita sayang anak kita.. tapi perlu ada rasionalnya..  Tapi kalau kita nak dekatkan anak kita dengan buku.. kita pun kenalah sama-sama juga.  Ini tidak, suruh anak menghadap buku, tapi mak @ ayah leka dengan game di telefon bimbit masing-masing. hehehehe... Budak-budak ni belajar melalui pemerhatian okey...

Saya suka ada seorang kakak di pejabat saya, anak-anak dia sangat minat membaca dan sangat gemarkan buku.  Apa yang saya tahu, dia suka bawa anak-anaknya ke perpustakaan, festival buku dan rajin duduk dengan anak-anak menghadap buku dan belajar sama-sama.

Itu pada pendapat sayalah.. saya tak kata pendapat saya tu yang terbaik.. tapi apa yang terfikir di minda ni... 

Petikan dari Pa&Ma
Biarpun sudah bersekola tadika tetapi ada kanak-kanak yang tidak suka melihat buku sekolahnya. Risau juga ibu bapa sebab bimbang anak tidak boleh membaca apabila melangkah ke sekolah rendah kelak.
Puas dipaksa, dipujuk malah adakalanya dimarah agar anak rajin membaca tetapi hasilnya tetap sama. Sebenarnya anak-anak kecil tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu perkara. Lagi dipaksa lagi dia enggan melakukannya.
Kanak-kanak belajar daripada pemerhatiannya. Jika papa dan mama memaksa dia membaca sedangkan papa dan mama sendiri tidak membaca, sudah tentu si kecil enggan melakukannya. Oleh itu ibu bapa perlu tunjukkan dahulu contoh minat membaca. Bila anak-anak tengok papa dan mama rajin membaca, secara tidak langsung mereka juga akan mencontohinya. Tak percaya cubalah sendiri!
Jadikan aktiviti membaca bersama keluarga sebagai rutin harian.Cari masa sesuai di mana semua ahli keluarga duduk dan membaca bersama-sama. Ketika ini jangan pasang televisyen, komputer dan sebagainya.
Pilih buku yang sesuai mengikut tahap usia anak-anak turut mendorong mereka suka membaca. Bawa anak ke kedai buku. Bantu mereka pilih buku yang sesuai mengikut tahap usia mereka.
Jangan mudah berputus asa. Terus galakkan anak membaca dan dalam masa yang sama bersabar dengan kerenah mereka.

Kalau suka boleh kongsi artikal ni okey! :)


Wednesday, November 20, 2013

27 Minggu....

Assalamualaikum... pagi ni rasa sangat-sangat tak larat ditambah dengan mengantuk yang amat sangat... Rasanya dah tidur cukup awal semalam.  Kepala dah mula nak rasa berat. Malas makin bertingkat-tingkat... Adooiii.. apakah ini?? Now, aku dah masuk trimester ketiga.. alhamdulillah.. dah 27 minggu, tinggal 2 bulan mendatang.. Moga-moga sihat selalu dan dipermudahkan Allah... Insha Allah... dalam nak menaip ni pun rasa macam nak lelap jer mata ni.. memang mengantuk.. 

Alhamdulillah sebab ujian gula dalam darah aku normal hari tu. Keputusannya, FBS: 4.53 , 2HPP:6.59.  Doktor cakap keputusan okey.. sebab aku buat ujian ni atas dasar faktor umur katanya... Alhamdulillah...


Baby 27 minggu

Bayi anda sekarang seberat 875g dan berukuran 36.6sm dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan jaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jarinya. 

Si kecil anda juga mungkin sudah mula bermimpi! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak. 

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah bayi anda sedang mengalami sedu. Perkara ini kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu benang di dahi tidak akan menghilangkan sedunya, namun sedu-sedu itu hanya berlanjutan untuk seketika sahaja. Sensasi itu mungkin agak aneh bagi anda, tetapi ia bukanlah sesuatu yang tidak menyenangkan. 

Oleh kerana uterus anda sekarang sudah naik dan hampir dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin rasa susah bernafas atau anda sudah merasa kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin mengalami kejang betisbuasirurat simpul dan gatal-gatal pada perut. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda. 

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada minggu ke-36 kehamilan



Rujukan : BabyCenter

Wednesday, November 13, 2013

Lemak

Assalamualaikum,,,, nak kongsi artikal berkenaan LEMAK yang mungkin kita tak pernah tahu pun sebelum ni...  eka ambil dari yahoo... ok.. selamat membaca...

Lemak adalah satu benda yang menyebabkan anda menghabiskan banyak masa untuk berdiet dan pergi ke gim untuk menjaga badan anda. Tetapi tahukah anda bahawa lemak mempunyai implikasi yang ketara pada fizikal dan emosi? Menurut seorang ahli biokimia pemakanan, terdapat beberapa fakta-fakta penting mengenai lemak yang mungkin akan mengejutkan anda seperti berikut: 

Lemak terdapat dalam pelbagai warna
Lebih khusus lagi, terdapat pelbagai jenis lemak yang mempunyai fungsi dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat. Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah, malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang dilakukan oleh otot. Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan. 

Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk. Namun, sayang sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat. 

Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning. 

Lemak di bahagian punggung lebih sihat daripada lemak di perut
Sebagai seorang wanita, sudah semestinya mempunyai lemak adalah sesuatu yang perlu dielakkan, tetapi ia sebenarnya lebih selamat untuk mempunyai badan seperti buah pir daripada epal. Lemak perut, juga dikenali sebagai lemak 'visceral', adalah lebih responsif kepada hormon kortisol berbanding lemak pada paha atau punggung anda, jadi apabila anda tidak mencari jalan yang sihat untuk mengatasinya, kalori tambahan yang dimakan lebih cenderung untuk tersimpan di bahagian tengah-tengah anda. 

Lemak di bahagian perut boleh mencipta bahan kimia keradangannya sendiri seakan-akan tumor. Tambahan lagi, bahan kimia ini akan berhubung dengan otak dan membuatkan anda lapar dan letih, sekaligus menyebabkan anda lebih cenderung untuk makan berlebihan atau makan makanan ringan dan tidak bersenam, lantas mewujudkan satu kitaran yang bahaya dan mengekalkan penyimpanan berlebihan lemak perut. 

Kalori akan dibakar dahulu sebelum lemak
Sebelum anda membakar lemak, anda membakar kalori terlebih dahulu, sama ada ianya datang daripada kalori karbohidrat yang tersimpan seperti 'glycogen' dan gula darah atau daripada lemak badan yang disimpan. Lebih banyak kalori anda yang anda bakar dalam setiap senaman , lebih besar defisit yang anda akan mewujudkan dan lebih banyak lemak anda akan hilang. 

Pakar menyokong latihan selang tinggi intensiti untuk membakar kalori sebanyak mungkin dalam masa yang singkat. Kaedah ini yang boleh membakar dua kali ganda kalori dalam jumlah masa yang sama yang dihabiskan sama seperti latihan dalam keadaan yang stabil. 

Lemak memberi kesan pada 'mood' anda
Tidak ada perkara yang lebih teruk lagi selain melihat angka di skala penimbang berat anda bertambah, tambahan lagi mempunyai lebihan lemak terutama di sekitar perut anda akan mengaktifkan bahawa keradangan kitaran, yang mana kajian menunjukkan boleh menjadi faktor yang serius dalam kecelaruan emosi seperti gangguan dwipolar. 

Untuk membantu memecahkan kitaran tekanan, cubalah makan coklat gelap kerana terdapat gula yang mampu untuk memenuhi keinginan yang disebabkan tekanan, tetapi 'flavonoid' yang sihat membantu anda lebih tenang. Produk tenusu rendah lemak seperti yogurt juga boleh memberi kesan yang sama. Disamping itu, gabungan kalsium dan magnesium boleh membantu menenangkan tindak balas tekanan. 

Orang berbadan kurus juga mempunyai selulit
Selulit disebabkan oleh lemak yang terperangkap di bawah kulit. Kulit berlapis yang terhasil oleh tisu penghubung yang mengikat kulit dengan otot, dengan lemak yang terperangkap di antara mereka seperti sandwic. Anda tidak perlu banyak lemak untuk menyebabkan 'dimpling effect' , jadi anda boleh mempunyai lemak badan yang rendah tetapi masih mempunyai sedikit lemak lekuk di bahagian seperti punggung anda atau belakang paha anda. 

Membina otot sementara kehilangan lemak boleh bantu mengurangkan kemunculan selulit. Selain itu, krim selulit yang khusus dan losyen juga boleh membantu mengurangkan selulit walaupun mereka tidak boleh membuat apa-apa tentang lemak dibawah kulit itu.



Monday, November 11, 2013

Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum,,,  untuk amalan diri sendiri jua.. semoga sama-sama kita dapat amalkan.. Insha Allah.. dikelapangan masa yang ada... misalnya perjalanan ke tempat kerja atau kemana sahaja.. dalam perjalanan tu,, mungkin kita dah rasa tak ada perkara yang nak dibualkan ataupun lebih mudah daripada kita berborak kosong.. ada baiknya kita gunakan masa yang ada itu untuk bersedekah.. tak perlukan wang pun... hanya dengan Surah Al-Fatihah.  

Niat untuk sedekah Surah Al-Fatihah:

  1. Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
  2. Para sabahat dan keluarga Nabi S.A.W
  3. Muslimin dan Muslimah
  4. Ibu bapa
  5. Untuk anak kita juga...  

Insha Allah.. moga Allah murahkan rezeki kita... ulang bacaan Surah Al-Fatihah seberapa banyak disepanjang perjalanan kita... lagi jauh jarak perjalanan, lagi banyak kita sedekahkan Surah Al-Fatihah... 





Sumber Ilmu daripada Pak Din setelah ku dapat setelah menghadiri kursus Rumahku Syurgaku.  Insha Allah.. Jom sama-sama kita amalkan... lama kelamaan boleh menjadi rutin harian kita...


Wednesday, November 6, 2013

Anarkali Salwar Kameez

Assalamualaikum... korang mesti ada keinginan yang bila orang lain dengar... errrk.???? kan kan kan.....? tapi sebenarnya keinginan tu dah tercapai pun.. cuma tak puas dan tak cukup lama... hehehehee...  kalaulah dapat lagi satu pun tak per.. nak beli sendiri... mak aaiiii.. mahal betul...  hope berjaya buat baju ni... Otw.... tunggu......









Membaca Al-Quran

Assalamualaikum, alhamdulillah masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini... Thanks to Farid Iqbal & Wife sebab hadiahkan buku Indahnya Hidup Bersyariat daripada Dato' Ismail Kamsu, diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.  Ini antara isi kandungan yang terkandung dalam buku tersebut.... 

Antara kelebihan membaca al-Quran:
  • Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
  • Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran:  Menurut Ibnu Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibnu al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
  • Balasan satu huruf dibaca ialah bidadari di Syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga.
  • Mengikut Ibnu Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala pembaca tidak akan putus.
  • Selamat daripada api Neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
  • Pada hari Kiamat, al-Quran menjadi pembela.
  • Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga.
  • Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
  • Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
  • Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
  • Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
  • Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
  • Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
  • Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
  • Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
  • Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat.
  • Mempelajari dan membacanya akan mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
  • Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti.
  • Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

Masa yang diutamakan membaca Al-Quran:
  • Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.
  • Antara Maghrib dan Isyak.
  • Sesudah solat Subuh.

Insya Allah... semoga dengan membaca sedikit daripada apa yang ada dalam buku tersebut... kita dapat manfaatnya... Jangan ditunggu lagi... share la dengan kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara....  memang galakkan sangat beli buku ni.. banyak panduan untuk kita sehari-hari... RM55.00 sebuah...


Friday, November 1, 2013

Dua Ekor Biawak!!!

Assalamualaikum..... haaaa.... lamanya tak update blog ni... tapi hari ni nak bagitau juga....  apa dah jadi.... 

Sedang aku sedang enak lena........
Tetiba!!! Aaarggh..... macam nak kene lagi ni!

Nangis jer la yang mampu...


sakitnya.. kene simpul biawak lagi!!! kali ni dua belah kaki serentak menyerang... belum sempat kaki kiri selesai kene pulas.. dapat pulak kaki kanan.... maaaaaaaaaaaaaak aaiiiiii... saaaaaaaaaaaakiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttnyaa.... sakit sangat-sangat!! 

Baru semalam baca tentang kehamilan bulan ke-7.. memang akan terasa sakit dan kebas, kerap kejang kaki.. tapi tak sangka kene dua belah kaki macam ni...

Memang sakit sangat...


Thursday, October 10, 2013

Buttermilk

Assalamualaikum.... nak kongsi sedikit info tentang apa itu Buttermilk... Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.  Ia lebih pekat daripada susu tapi tidak sepekat krimButtermilk memang agak sukar dijumpai, kecuali di pasar raya yang banyak menjual bahan import. Tapi, jika anda tidak menemuinya, buttermilk boleh digantikan dengan bahan lain.


Ada beberapa cara untuk menghasilkan buttermilk. 

Cara 1 : Dengan mencampurkan susu bersama jus lemon


Caranya :
1 cawan susu

1 sudu besar jus lemon


Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.



Cara 2 : Dengan mencampurkan susu bersama cuka makanan


Caranya :

1 cawan susu

1 sudu besar cuka makanan



Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.



Cara 3 : Menggunakan Krim Tenusu / Dairy Wipping Cream ~ Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream

Putar Krim tenusu / Dairy Whipping Cream (Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream)  hingga ia kental. Proses ini sama seperti kaedah penyediaan krim. Teruskan memutar sehingga ia akan mencair semula, dan terpisah 'seperate'. Hasil dari pengasingan ini  menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan).

Cecair yang putih-kekuningan itulah buttermilk dan boleh digunakan dalam pembuatan kek yang memerlukan buttermilk. Pepejal kuning yang terhasil pula adalah butter. 

P/s:  Kita perlu berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.




Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum.... hari ni mungkin hari moody aku... sebabnya aku tak dapat serta kursus yang penuh dengan ilmu.. nak buat macam mana.. tempat aku tiada pengganti... Semua orang pun sibuk dengan kerja masing-masing.. maka aku dengan pasrahnya redha jer la... ingatkan aku nak tunda jer temujanji pemeriksaan kandungan aku ke hari esok.. tapi disebabkan tak dapat pergi kursus.. maka aku pilih untuk pergi klinik... TQ Mr. Hubby tolong hantarkan pergi klinik... 

Entah bila la dapat pergi kursus ilmu macam ni.. Dah excited aku bawak baju sukan hari ni... sebab hari ni lebih kepada permainan.  Bukan permainan suka-suka tau... Apa yang kita buat tu umpama latihan kita untuk anak-anak kita nanti..  Memang Best!!!  Dahlah aku ni jenis liat nak pergi kursus-kursus semacam tu.. hehehe... Kursus Rumahku Syurgaku, dikendalikan oleh Pakar Motivasi Tuan Haji Shamsuddin bin Mohamed atau lebih glamour lagi dengan panggilan PAK DIN.  Dulu beliau pernah berkhidmat di JPA.  Hari pertama program, dah dapat banyak input ilmu.. Alhamdulillah.. banyak tips yang dia bagi untuk menjadi isteri/suami atau ibu/ayah yang unggul.  Sayang seribu kali sayang.. aku terlepas slot hari ini yang aku rasa lebih banyak lagi input ilmunya....  Insya Allah... jika ada rezeki aku harap dapat lagi pergi kursus macam ni... Al maklumlah.. dah nak jadi mak orang.. Nak jadi orang berjaya...

Hari ni duduk office dengan fikiran ntah ke mana... dengan sakit belakangnya lagi... Kene redha... macam inilah rasanya masa mak mengandungkan aku & adik-adik.. TQ mak.... 






sebab pergi kursus 1 hari jer.. ni jer la yang aku ada.. hehehe.. dan beberapa lagi bahan permainan yang lain..  nak post gambar Pak Din.. tak boleh upload pulak.. tak tau lah kenapa.... musykil ni...


Boleh Solat Fardu Diqhada

Assalamualaikum... dah lama tak belek-belek emel lama dulu.. maka terjumpa la banyak artikel yang kita wajib kene tahu..  nak kongsi sikit tentang solat yang tertinggal.. Moga-moga jadi panduan buat kita semua... Insya Allah....


Solat adalah satu perintah agama yang mempunyai pengkhususan tempoh perlaksanaannya. Ia mempunyai waktu-waktu yang telah sedia diatur dan ditetapkan oleh Allah Subhanahu waTa'ala, iaitu melalui firmanNya: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. [Maksud surah an-Nisaa' 4 - 103].  Apabila perintah ibadah solat itu dilaksanakan dalam waktunya, ia digelar sebagai al-adaa' manakala apabila solat itu dilaksanakan di luar waktunya ia digelar sebagai al-qadha. Secara lebih mendalam, qadha didefinasikan sebagai - Melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas dari waktunya atau melakukan solat selepas dari waktunya yang telah ditetapkan.
Sebab-sebab Membolehkan Solat Diqadha.


Al-Qur'an dan as-Sunnah sememangnya ada mengajar kita tentang perihal menunaikan solat-solat fardhu di luar waktu yang ditetapkan. Akan tetapi kebolehan ini hanya atas beberapa sebab yang juga telah dijelaskan secara terperinci oleh kedua sumber syari'at tersebut, iaitu:

  1. Apabila seseorang itu tertidur sehingga luput waktu solatnya.
  2. Apabila seseorang itu terlupa sehingga luput waktu solatnya.
  3. pabila tersilap kiraan waktu solat sehingga terluput waktu yang sebenarnya.
  4. Apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi darurat sehingga terluput waktu solatnya.

Demikianlah sahaja empat faktor yang dibolehkan bagi seseorang itu tidak mendirikan solat-solatnya yang fardhu lalu kemudian diqadhakannya di lain waktu.  Tertidur dan terlupa adalah suasana yang dimaafkan bagi seseorang yang tidak solat di waktunya lalu diqadhakan dalam waktu yang lain apabila dia terjaga atau teringat, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikan ia apabila teringat. Tidak ada hukuman selain dari itu.

Nabi SAW juga telah bersabda dalam satu hadith yang lain: Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."

Kedua-dua sebab di atas diberikan kemaafan oleh syari'at kerana ia adalah bentuk keuzuran manusia yang diluar kemampuannya.  Akan tetapi kemaafan ini TIDAKLAH diberikan kepada mereka yang sengaja lagi sedar bertujuan berbuat sedemikian.  Contohnya orang yang sengaja tidur di akhir waktu solat padahal dia masih belum solat maka dia dipandang sebagai berdosa besar kerana sengaja mencari helah untuk tidak solat.  Demikian juga hukum yang sama bagi orang yang sengaja menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang sememangnya akan membawa kepada kelupaan seperti sengaja mengasyikkan diri dengan permainan sukan di akhir waktu solat sehingga tertinggal solatnya itu.  Perbuatan sebegini membawa bebanan dosa yang amat besar ke atas orang itu dan dia selain wajib mengqadha solat tersebut, dituntut agar segera bertaubat dan memperbetulkan dirinya.

Termasuk dalam kategori orang yang tertidur, melalui kaedah qiyas, ialah orang yang pitam atau pengsan.  Maka bagi mereka dimaafkan solat yang tertinggal itu akan tetapi apabila sedar semula wajib diqadha bilangan solat yang tertinggal.  Akan tetapi dimaafkan secara terus orang yang diserang penyakit gila atau koma, di mana kedua ini adalah sejenis keuzuran yang berpanjangan dan orang yang menghadapi suasana ini diangkat darinya sebarang kewajipan agama, seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.  Orang yang menghadapi kondisi ini tidak perlu mengqadha solat yang tertinggal selama tempoh dia sedang gila atau koma.  Walaubagaimanapun perlu dibezakan antara gila kerana penyakit atau gila kerana mabuk; di mana gila kerana mabuk adalah perbuatan sengaja manusia itu sendiri dan dia tetap diwajibkan mengqadha semula solat yang tertinggal apabila waras kembali.

Kategori ketiga yang membolehkan solat diqadha ialah apabila seseorang itu  tersilap dalam kiraan waktu solatnya. Contohnya ialah apabila seseorang yang bermusafir ke negara lain lalu tersilap dalam menentukan zon waktu negara tersebut, kemudian dengan itu disangkanya bahawa waktu solat itu masih hadir padahal sudah luput maka bagi dia tiada kesalahan kecuali tetap menunaikan solat tersebut secara qadha.  Ini berdasarkan firman Allah SWT : Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Maksud surah al-Ahzab 33  dan juga sabda Nabi SAW : Sesungguhnya Allah telah memaafkan kerana aku, kesilapan dan kelupaan dari umat aku serta apa yang mereka lakukan kerana dipaksa.

Kategori keempat yang membolehkan solat fardhu ditunda dari waktunya yang asal ialah dalam suasana darurat. Darurat ialah satu kondisi yang melibatkan keselamatan nyawa dan anggota seseorang itu atau orang-orang di bawah amanahnya (Life and Death situation). Dari sudut syari'ah ianya didefinasikan sebagai - Darurat itu ialah datangnya keadaan bahaya atau kesulitan yang amat berat kepada diri manusia, yang membuatkan dirinya kuatir akan terjadinya kerosakan atau sesuatu yang menyakiti jiwa, anggota badan kehormatan, akal harta dan yang bertalian dengannya.  

Ketika ini boleh atau tidak harus mengerjakan yang diharamkan atau meninggalkan yang diwajibkan atau menunda waktu perlaksanaan guna bagi menghindari kemudaratan yang diperkira dapat menimpa dirinya selama tidak keluar dari syarat-syarat yang ditentukan syara'.

Dalil yang membolehkan suasana darurat sebagai faktor membolehkan penundaan kewajipan solat dari waktunya ialah peristiwa yang berlaku di ketika Perang Khandak, di mana Rasulullah SAW dan para muslimin sekalian sedang berada di kegentingan peperangan mempertahankan Kota Madinah dari serangan musuh sehingga tidak berkesempatan untuk mendirikan solat Asar. Maka apabila serang musuh yang bertubi-tubi itu reda di waktu Maghrib, barulah Nabi SAW serta orang ramai berkesempatan untuk menunaikan solat Asar mereka, diikuti dengan solat Maghrib.

Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menceritakan: Di ketika Perang Khandak Umar al-Khattab menyumpah-marah kaum kafir Quraish di ketika matahari sudah terbenam lalu berkata: Ya Rasulullah ! Saya tidak sempat mendirikan solat Asar dan matahari sudahpun turun ! Nabi SAW berkata: Demi Allah ! Aku juga belum solat ! Dengan itu kami turun ke Buthan (perigi air - P) dan Nabi berwudhu' dan kami juga berwudhu' dan kemudian kami mendirikan solat Asar setelah matahari terbenam diikuti dengan solat Maghrib.

Maka dari hadith dan peristiwa di atas para ahli fiqh bersepakat menyatakan bahawa kondisi yang membolehkan seseorang itu menundakan solatnya ke waktu yang lain apabila dia berada dalam keadaan sedar ialah kondisi darurat sahaja. Diulangi bahawa darurat itu ialah suasana yang membahayakan nyawa seseorang itu atau mana-mana anggota tubuh badannya. Adapun keuzuran atau apa-apa halangan lain yang tidak membahayakan nyawa dan anggota maka ia tidaklah membawa kepada kelonggaran hukum mengqadhakan solat, sepertimana yang akan dihuraikan di bawah nanti.

Tertib Mengqadha Solat.

Solat-solat yang terluput dari waktunya wajib didirikan semula secepat mungkin apabila teringat dan sedar dari kondisi terdahulu kecuali ada sebab tulen yang menghalang seperti terikat dengan suasana cuaca buruk, amanah berat dan tanggung-jawab yang tidak dapat ditangguhkan. Solat yang tertunda juga wajib diqadha secara berturut dan bergiliran, tidak dengan pilihan yang rambang. Maksudnya ialah orang yang tertidur sehingga luput solat Asarnya dan kemudian terjaga di waktu solat Maghrib maka bagi dia ialah menunaikan solat Asar dahulu kemudian diikuti oleh solat Maghrib. Demikian juga kaedahnya bagi orang yang tertinggal beberapa solat sekali-gus, dia wajib mengqadhakan solatnya itu mengikut giliran dan turutan kemudian barulah mendirikan solatnya yang hadir. Kewajipan ini didasarkan kepada hadith di atas mengenai peristiwa Perang Khandak di mana Nabi SAW apabila terhalang solat Asarnya sehingga masuk waktu Maghrib, beliau mengqadha solat Asar itu terlebih dahulu kemudian baru diikuti oleh solat Maghrib.

 Walaubagaimanapun kewajipan ini, berdasarkan ijtihad para fuqaha, dilonggarkan dalam beberapa suasana, iaitu -

1.     Apabila waktu solat yang hadir hampir berakhir maka diharuskan mendirikan solat yang hadir dahulu kemudian diikuti oleh solat yang hendak diqadha.

2.     Apabila sedang solat lalu tiba-tiba baru teringat akan solat yang tertinggal maka dibolehkan meneruskan solat itu sehingga akhir kemudian disusuli dengan solat yang perlu diqadha itu.

3.     Apabila solat yang perlu diqadha itu melebihi solat sehari, iaitu melebih 5 waktu maka dilonggarkan kewajipan mengqadhanya mengikut turutan akan tetapi tetap wajib diqadhakannya secepat mungkin.

Disini perlu diperbetulkan perbuatan sesetengah yang memilih-milih secara rambang tentang bilakah dia akan mengqadha solat yang tertinggal dan mengikut suka hati solat apa yang hendak diqadhakan dahulu. Sumber-sumber nas jelas menerangkan bahawa solat adalah ibadah tunggak seorang muslim dan apabila tertinggal ia wajib diqadha secepat mungkin menurut turutan dan gilirannya. Adapun memilih-milih sesuka hati bilakah akan diqadha solat yang tertinggal dipandang sebagai satu perbuatan meremahkan solat dan mempermainkan tanggung-jawabnya terhadap Allah Azza waJalla dan orang sebegini dituntut agar segara bertaubat dan memperbetulkan perbuatannya itu.


Alhamdulillah, selesai baca boleh la kita share pada kawan-kawan kita di luar sana.. Terima kasih... :)


Kurma

Assalamualaikum, nak sedikit perkongsian ilmu tentang buah kurma untuk semua jua.... 
KURMA merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifiknya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.
 Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran.  Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.  Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25)
 Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.
Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa’ad r.a. yang bermaksud:
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.” (Sahih Muslim: no 3813)
Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri. 
Kandungan Nutrien - Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma - Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

Kurma mengelakkan penyakit
Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes.  Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.  Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”

Menyembuhkan penyakit yang kronik
Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.  Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia.  Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

Memudahkan proses bersalin
Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.  Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.
Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok.  Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

Memudahkan proses pencernaan
Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ’al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s.  Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.

Kurma menenangkan perasaan
Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”. 
Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan.  Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia.  Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.
Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir
Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW.  Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak.  Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.
Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

Alhamdulillah.. selesai baca yer kawan-kawan.... JOM Share dengan kawan-kawan kita pulak... TQ :)

Monday, October 7, 2013

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi SAW

Assalamualaikum.. Selamat pagi..... Alhamdulillah hari ni tak ada rasa moody nak bekerja.. almaklumlah hari Isnin.. Mungkin sebab bos tak pasang radio dia kot.. hehehehe.... okey la tu kan... kalau tak pagi-pagi aku dah mula nak stress....

Jom kita potong kuku... hari Isnin, Khamis & Jumaat adalah hari sunnah potong kuku dan sambil tu kita buatlah ikut sunnah Nabi SAW.





MUNGKIN diantara kita atau kebanyakan kita, ketika memotong kuku asal-asalan—mulai dari tangan kiri atau kanan, pokoknya tak beraturan. Walaupun ia dilihat hanya perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar.
Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang dalam keadaan ihram haji atau umrah didenda membayar dam karena memotong kukunya. Demikian juga kuku bisa menyebabkan tidak sah-nya wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan lainnya, yang berhubungan dengan kuku dari segi hukum, hikmah memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam bahasan kali ini.
1. Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku
Memotong kuku adalah amalan sunah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: “Sepuluh perkara yang termasuk fitrah (sunnah): memotong kumis, memelihara jenggot, bersiwak, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.”
Sekali lagi ini adalah bentuk menghilangkan segala kotoran yang melekat di celah kuku, apalagi jika kuku dibiarkan panjang.
2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya dan dimulai dari jari kelingking lalu sampai pada ibu jari, kemudian tangan kiri dari jari kelingking ke ibu jari.
Sementara alat untuk memotong kukunya dapat menggunakan gunting, pisau atau benda khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari seperti alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sebaiknya segera membasuh tangan dengan air. Ini karena jika seseorang itu menggaruk anggota badan, dikahawatirkan akan menyebabkan penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi juga akan menyebabkan penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”
“Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunah memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma’at, sebagaimana disunatkan mandi, bersiwak, memakai wewangian, berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan shalat Juma’at,” (Hadis riwayat Muslim)
4. Menanam Potongan Kuku
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, janganlah dia memotong rambut, kuku atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya ( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW, karena beliau menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, niscaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.
Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat dari benda najis karena akan menghalang daripada masuknya air saat berwudhu.

P/s:  Lagi satu.. kalau kuku kita panjang dah tentulah ada simpan kotoran.. mungkin kotoran dari najis dan sebagainya.  Kemudian kita memasak pulak untuk keluarga... Rasa-rasa makanan tu tercemar tak?? Ingat yer.. setiap makanan yang kita beri itu jadi darah daging.. kalau baik maka baiklah kita.. kalau tidak... lu pikir la sendiri.. :) okey!

SumberIslamPos

Alhamdulillah.. dah habis baca artikal ilmu ni.. Jangan la segan-segan nak share gn kawan-kawan okey.. TQ... :)