Thursday, January 31, 2013

Oksigen Please!!!

Dah lebih seminggu rasanya berkeadaan semput macam ni.  Rasa dah tak larat sangat, pernafasan yang terbatas.  Semacam setiap sedutan udara yang ada dah dicatu.  Pergi Klinik Kesihatan P*^$@#@*a, lama tunggu tu kebiasaan sebab terlalu ramai.  Dah lah semput, ramai pulak baby menangis hari tu.  Rasa tak larat sangat, tapi disebabkan nak tahu sangat punca jadi semput macam ni.. sanggup jugak la tunggu giliran yang entah bila nak dipanggil.


Alhamdulillah, giliranku pulak jumpa doktor.  "Kenapa dengan awak" tanya doktor.  "Saya rasa saya semput doktor, macam tak cukup nafas, dah nafas tarik dalam-dalam tapi rasa tak cukup oksigen saya dapat".  "Awak ada asma ker?" Doktor pun cek la, tarik nafas hembus nafas.. macam biasa.. "Tak ada apa-apa kat awak, paru-paru okey, jantung okey, tak ada dengar bunyi lain.  Awak ada tak perasaan berdebar-debar, atau awak ada stress tak sebelum ni, tak pun berat badan turun mendadak?".


Doktor ni, saya boleh tahan chubby macam  ni boleh turun berat badan mendadak ker??? confius jugak.. Rasa berdebar-debar tu tak ada perasaan pulak.  Tapi stress tu mungkinlah.  Banyak sangat benda nak fikir kot.  Arrghh... Entah! tak tau tak tau....

"Awak okey saja, mungkin saya boleh cadangkan awak untuk buat latihan pernafasan dengan cara yang betul, Tekanan darah dan gula pun ok". 

Saya nafas tak betul ker?? "Doktor, kat sini tak ada buat pemeriksaan kesihatan keseluruhan ker"?  

"Di sini tak buat, awak muda lagi".  Adoi, buat Checkup pun tak boleh ker usia muda macam ni.. Nampak gayanya kene buat pemeriksaan kat klinik swasta la.. "Okey doktor, terima kasih, Assalamualaikum".

Maka, baliklah dengan keadaan yang masih tertanya tanya kenapa dengan diri ini.  Mungkin sebab berat badan yang naik mendadak kot.  Dah kene buat senaman yang kerap dah ni.  Sangat tak larat dengan keadaan ni.  Semput yang tak tau puncanya..  Kadang-kadang rasa nak menangis jer.  Sabarlah, Allah nak menguji dengan di ambil sedikit nikmat bernafas ku.

Dia orang cakap, mungkin disebabkan kolestrol tinggi.  Mungkin juga, sebabnya tak jaga pemakanan.  Nak buat macam mana, saya sangat suka makan.  Tak boleh tengok makanan.


Tuesday, January 29, 2013

Pesan Buat Semua

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU
. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri



Dah habis bacakan??? Apa lagi. SHARE la... tak rugi pun...



Wednesday, January 23, 2013

Sibu Oh Sibu

Kata orang kat Sibu ni banyak tempat menarik, tetapi disebabkan urusan kerja, saya dan kawan2 yang lain tak sempat nak kemana-mana pun. Paling jauh pun kami pergi ke Pasar Malam Sibu sebab nak cari makan malam. Pasar di sana ada dua bahagian, makanan halal dan non halal . Maka, pandai2 la kita memilih mana yang halal mana yang tidak yer. Sebabnya majoriti penduduk dekat sana ialah cina. Kalau tengok daging khinzir tu terpampang kat sana sini itu adalah kebiasaan. Lagi, apa yang menariknya kat pasar malam ni, ada jual laptop, TV, macam2 lagi barang elektrik second hand. Kami menginap di RH Hotel. Memang puas hati la duduk situ. Terbaik!! (makanan dia). Balik jer dari pada Pasar Malam Sibu, barulah kami tahu yang kami dapat kupon setiap orang untuk makan di Oriental Bistro... Adoi... Banyak tu jumlahnya.. RM35.00 (tak apa, simpan kupon tu untuk esok)

Oriental Bistro

Bilik Saya


Swimming Pool

Kredit photo to RH Hotel.

Habis urusan kerja, aktiviti utama kami, MAKAN. Nak Rasa semua masakan ala carte yang ada kat situ. Relax... kita orang ada 3 hari kat sana. Perlahan2 oder okey!!
My Favourite - Seafood Salad

ABC Special

Black Pepper Beef

Beef Burger

Chic Chop


Tuna Pizza



Kue Teow Hong Kong



Sup Tulang

Sup Ketam

Mee Goreng Mamak

Banana Boat


Bee Hoon Sup

Rojak Buah




Banyak sangatlah makanan.. sampai tak ingat dah apa namanya.. heheheh.. setiap kali buat pesanan, kami akan ambil menu yang bebeza, maka dapatlah rasa semua menu yang hotel ni sediakan.... Aktiviti utama kami di Sibu ialah MAKAN!! Manalah badan tak naik cepat.


Tuesday, January 22, 2013

Photography

Assalamualaikum,


Photography adalah antara hobi utama eka.  Angan2 nak jadi jurugambar terhebat, tapi wat masa ni shoot gambar ala-ala jer.. almaklumlah, tak PRO.  Minat ni dah datang dari dulu lagi.. cuma masa tak mengizinkan dulu.. Sekarang saya dah ada kamera saya sendiri.. Kalau ada kursus yang berkaitan fotography anjuran Jabatan, saya tak akan lepaskan peluang tu. Sebabnya, belajar secara percuma bersama jurugambar2 profesional.  Sapa tak nak kan, walaupun waktu tu saya belum ada kamera sendiri.


Thanks to my frendz becoz sudi bagi pinjam Kamera DSLR korang yer.

Tugas jurugambar : - mengambil gambar di sudut atau perspektif yang menarik - mengenal pasti dan memilih gambar yang cantik dan bertepatan dengan subjek - mengubahsuai gambar dengan kreatif - gambar yang diambil hendaklah kelihatan seperti 'hidup' (ada tak ciri2 macam ni??)


Kursus Lanjutan Fotografi @ Avillion PD

my Shoot! (gambar ni belum di edit okay)

Gambar Without Flash - guna cahaya semula jadi jer..

Zika model masa kursus fotografi

Monday, January 21, 2013

Menghitung Hari

Menghitung hari, Detik demi detik.. (Kris Dayanti) Januari hampir kepenghujungnya.  Februari kembali , Mac terus menanti .. Adoi apa la dah melalut ni... makin banyak perkara nak difikirkan.  Rasanya makin padat dah dalam otak ni... nak mula dari mana ni?? Nak pikir tarikh yang tepat, baju perkahwinan, pelamin, kad kahwin, barang hantaran, jemputan berapa ramai dan siapa, orang rewang, penanggah, goodies.. macam-macamlah.. bila dah semuanya nak dipikirkan sekali... memang berat la kepala ni.  Lagi-lagi bila semuanya datang serentak.

Eka doa semoga segalanya berjalan dengan lancar.  Baik di pihak perempuan mahupun di pihak lelaki. Pelamin dah ditempah, baju dah pilih, tinggal fitting  lagi 2 minggu sebelum majlis.  Begitulah juga di pihak lelaki.

Mak cakap, jangan sebut pasal "cukup ker duit ni??" Insyaallah, rezeki tu sentiasa ada. Eka ada perkahwinan impian eka, kalau tak tercapai sepenuhnya, sikit pun jadilah.  Eka nak jadi pengantin paling gembira, paling manis, paling comel (hehehe perasan) on my wedding nanti.   
Nak perkahwinan ala-ala Inggeris yang sederhana tetapi meriah.  Apa yang penting tidak terlalu membazir dan buat apa yang perlu sahaja. Kalau boleh tak suka terlalu mengikut orang lain.  Apa yang termampu.  Mentaliti orang zaman sekarang kene la tukar sikit, memang la tak mau langgar adat, tapi entahlah.. Kalau tak ada sesuatu tu, takut ada orang yang mengata.. Adoi.. mulut orang mmg tak boleh nak tutup che non..... whatever.

Cantik tak dress ni.. tapi agak seksi kan.. kalau beli dari AliExpress dia akan minta ukuran badan dan semua detail supaya dress yang kita tempah padan dengan kita.  Macam2 design ada kat sini.. cuma kuarkan duitnya sahaja... kita boleh minta dia buatkan supaya dress tu lebih sopan lagi, terutama untuk pengantin muslimah.

Oops... ni baju idaman saya.. hehehe, gambar ni amik dari aliexpress.com.

Dress ni dia agak sopan, cantikkan kan...


Semoga kepala ni tak serabutlah hendaknya.. takut takut takut... sempat ker nak buat persiapan ni?? Barang hantaran alhamdulillah dah beli semuanya.  Tunggu masa nak mengubahnya sahaja.  Ish.. nak kene tengok balik senarai apa perlu buat sebelum majlis ni.. kalut kalut..


Bika Ambon

Kalau pergi Medan, Indonesia tak lengkap kalau tak beli kuih ni.  Sebelum pulang ke Malaysia, ole-ole utama kami dari Medan kuih Bika Ambon & Lapis Legit

Bika Ambon ni merupakan kek tradisional di sana.  Bika Ambon Zulaikha adalah antara yang terkenal Medan dan antara yang tersedapAda juga beli bika ambon kat kedai yang lain. tapi Bika Ambon Zulaikha juga terbaik rasanya, memang sedap, ada perisa biasa dan pandan.  Lapis Legit pula ada macam-macam rasa.  

Bika Ambon Original - Harga Rp 53.000,-
Berat paket : 2 kg

Bika Ambon Mocca - Harga Rp 55.000,-
Berat paket : 2 kg
Bika Ambon Pandan - Harga Rp 55.000,-
Berat paket : 2 kg
Bika Ambon Special Keju - Harga Rp 60.000,-

Berat paket : 2 kg
Bika Ambon Special Pandan Keju - Harga Rp 60.000,-
Berat paket : 2 kg


Lapis Legit ni harganya agak mahal sikit. tapi memang sedap la.. tak rugi beli.  Saya suka rasa Original.

Lapis Legit Original - Harga Rp 90.000,-
Berat paket : 2 kg

Lapis Legit Pandan - Harga Rp 95.000,-
Berat paket : 2 kg

Lapis Legit Coklat - Harga Rp 95.000,-
Berat paket : 2 kg

Lapis Legit Strawberry - Harga Rp 95.000,-
Berat paket : 2 kg

Lapis Legit Blueberry - Harga Rp 95.000,-
Berat paket : 2 kg

Lapis Legit Keju - Harga Rp 95.000,-
Berat paket : 2 kg

wow.. beribu-ribu harganya kan.. hehehe. 
 



kredit to Agen Kuliner


Beri Acai (Acai Berry)

Beri acai atau nama botaninya euterpe oleracea adalah sejenis buah yang kini mendapat perhatian ramai berikutan khasiatnya terhadap kesihatan tubuh manusia. Buah beri acai dikatakan berasal dari hutan hujan Amazon. Sebenarnya, buah beri acai ini telah digunakan selama beribu tahun lalu, tetapi ia hanya diperkenalkan pada masyarakat Barat pada tahun 1990. Lapan spesis asli buah beri acai berasal dari Amerika Tengah dan Selatan, iaitu dari Belize selatan ke Brazil dan Peru. Pokok beri acai tumbuh terutamanya di paya dan dataran banjir. Pokok beri acai agak tinggi, mempunyai batang yang kurus dan ramping. Ia mampu tumbuh hingga mencecah 15-30 meter, dengan daun menyirip (pinnate) dan boleh mencapai 3 meter panjang.
Pokok Beri Acai
Masyarakat yang menghuni hutan Amazon menggunakan beri acai untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Malah, ada yang menggelar buah beri acai sebagai permata rahsia dari hutan hujan Amazon. Buah beri acai diperoleh dari pohon palma. Buahnya berada dalam kelompok dan bergantungan pada dahan-dahan pohon ini. Setiap pohon palma menghasilkan kira-kira 20 kilogram buah yang dihasilkan setiap tahun. Buah beri acai dihasilkan dalam malai bercabang daripada 500-900 buah.

Buah beri acai kecil kira-kira 1 inch (25 mm), berbentuk bulat, berwarna ungu kehitaman di keliling, hampir sama tetapi lebih kecil daripada anggur dan dengan pulp kurang dan bijinya lebih besar daripada biji anggur. Buah ini memiliki biji tunggal yang besar sekitar 0.25-0.40 inci (7-10 mm) diameter. Buah matang adalah warna ungu, atau hijau, bergantung pada jenis Acai dan tahap kematangannya. Kulit buah ini lembik dan tipis, dengan ketebalan konsisten 1 mm atau kurang. Ini mengelilingi isi buah tebal dan keras, yang mengandungi biji yang agak besar, sekitar 80% dari buah.

Beri acai yang dipetik
Melalui kajian yang telah dilakukan oleh pengamal perubatan professional di Amerika Syarikat, buah beri acai dikatakan mengandungi pelbagai zat seperti besi, kalsium, karbohidrat, serat dan antioksidan. Buahnya turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting termasuklah vitamin B, E, asid lemak (fatty acid) Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.

Buah beri acai yang telah dijadikan jus dikatakan mempunyai protein lebih daripada telur. Protein adalah sumber utama dan merupakan komponen penting bagi hormon dan kebanyakan tisu tubuh termasuklah organ dan otot-otot. Protein juga membantu pembentukan lapisan luar rambut, kuku dan kulit.

Jus buah beri acai mengandungi glukosamin. Sebatian ini mampu membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan tisu tubuh. Kalsium yang dimiliki oleh buah beri acai boleh menguatkan tulang, mencegah keretakan dan mencegah kehilangan tisu tulang. Zat ini sesungguhnya amat penting bagi wanita yang mengalami masalah sakit haid melampau, kerana ia melindungi lapisan perut dan rahim, sekaligus membantu mengurangkan sakit akibat kekejangan dan pembengkakan.

 

Mampu beri perlindungan pada jantung

Antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang terkandung dalam jus buah beri acai dikatakan amat baik untuk melindungi jantung dan memperbaiki penghasilan oksida nitrik dalam sel-sel endothelial. Oksida nitrik dikatakan membantu melindungi saluran darah untuk lebih mengendur dan mengembang, sekaligus mengurangkan tekanan pada jantung dan mengurangkan risiko saluran darah tersekat.

Selain itu buah beri acai juga kaya dengan asid lemak perlu (EFA) yang dikatakan mampu mengurangkan kolesterol tidak baik yang bahaya untuk kesihatan. Anthocyanin dalam buah beri acai boleh melindungi saluran darah yang kecil dan besar termasuk vena, arteri dan kapilari. Indek glisemik rendah yang diberikan buah beri acai mampu memperbaiki tahap glukos dan lipid pesakit diabetes.



Beri tenaga

Antioksidan dalam buah beri acai amat baik untuk kulit. Antocianin dan fitosterol di dalam buah beri acai ini boleh mengurangkan hakisan lapisan perlindungan kulit dan melindungi tisu-tisu penyambung termasuklah kolagen. Bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit, amat sesuai mengambil buah beri acai dalam pemakanan harian.


Zat dalam buah beri acai juga dikatakan mampu merangsang pertahanan semulajadi tubuh dalam menguatkan sistem imun. Ia juga dikatakan mampu mencegah pengoksidaan, salah satu daripada penyebab utama kelemahan sistem imun dan juga mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit.

Buah beri acai mengandungi kandungan lemak yang terdiri daripada asid oleik (56.2% dari jumlah keseluruhan lemak), asid palmitic (24.1%), dan asid linoleik (12.5%). Acai juga mengandungi beta-sitosterol (78-91% dari jumlah keseluruhan sterol). Kandungan minyak dalam buah beri acai mengandungi polifenol seperti oligomer procyanidin dan asid vanillic, asid syringic, asid p-hidroksibenzoik, asid protocatechuic dan asid ferulat, walau bagaimanapun ia menurunkan secara mendadak semasa simpanan atau terdedah kepada suhu panas.

Menurut kajian, serbuk beku-kering beri acai terbukti mempunyai kesan ringan penyekatan atau penghalangan kepada enzim siklooksigenase COX-1 dan COX-2. Ekstrak polifernol dari buah beri dilaporkan mampu untuk mengurangkan anti-pembesaran sel leukemia. Kesan anti-pembesaran ini juga terdapat dalam minyak yang diekstrak dari pulp beri acai.


Dalam kajian terhadap tikus yang diberi diet kolesterol tinggi, makan tambahan dengan pulpa kering buah acai mengurangkan tahap lipoprotein kolesterol dan aktiviti superoksida dismutase dalam darah. Beri acai yang dimakan secara mentah telah diuji sebagai laksatif untuk sistem pencernaan. Ia juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan alami.
Jus beri acai

Jus buah beri acai juga dikatakan kaya dengan campuran asid amino perlu dan mineral yang amat baik untuk kekuatan dan penyembuhan selepas aktiviti yang memberi tekanan pada otot. Dengan meminum jus buah beri acai juga dikatakan mampu memberi tenaga selepas melakukan aktiviti senaman dan kerja-kerja seharian. Beta karotena dan vitamin C dalam jus buah beri acai dikatakan mampu memberi zat dalam melindungi kesihatan mata dan mengurangkan komplikasi penyakit kemerosotan makular pesakit diabetes.

Perbandingan beri acai dengan buah-buahan yang lain

Membantu menurunkan berat badan

Buah beri acai dikatakan mampu mengurangkan proses penuaan dan membantu pemulihan sel kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Selain daripada itu, ia dikatakan boleh membantu penurunan berat badan. Agen pengurangan berat badan yang terdapat dalam buah beri acai dikatakan dapat meningkatkan tahap metabolisme yang mampu menyebabkan penurunan berat badan. Hal ini terjadi kerana buah beri acai mengandungi antioksidan (zat yang mencegah tekanan oksidatif dan kerosakan sel) yang sangat besar jumlahnya. Antioksidan membolehkan proses pemecahan lemak berlaku dengan lebih cepat, meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan. Gabungan kesan ini membuat proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat dan mudah tanpa kesan sampingan yang biasanya berkaitan dengan bahan kimia sintetik. Banyak kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan diet yang tinggi kandungan antioksidan adalah kunci untuk penurunan berat badan.

Berikut disenaraikan beberapa manfaat buah beri acai :

  • penurunan berat badan
  • peningkatan tenaga
  • pencernaan yang baik
  • peningkatan kualiti tidur
  • peningkatan kesihatan mental
  • sistem imunisasi (kekebalan) yang lebih kuat
  • memelihara kesihatan kulit (lebih sihat)
  • awet muda
  • manfaat detoksifikasi
  • membaiki peredaran darah
  • memelihara kesihatan jantung
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan buah beri acai, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Thursday, January 17, 2013

Listen, Listen, Listen !!

Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. Isu pendidikan percuma :

1. Argentina.
Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?
Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula?

Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? 

Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? 

Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.


info dan kredit kepada kiub.fakta