Monday, May 20, 2013

Keguguran Awal Kehamilan

Assalamualaikum, ini artikel eka ambil dari web babycenter... untuk bacaan anda jua.. :)


Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.  Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku.  Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini. 


Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.   Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio. 

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.   


Apakah yang berlaku selepas keguguran?


Anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita tersebut akan menyempurnakan proses keguguran itu secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu.  Anda boleh berehat sahaja di rumah, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali, anda perlu seseorang di sisi untuk menjaga dan menyenangkan hati anda. 


Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya. 

Jika pendarahan tidak berkurangan atau berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan yang anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda. Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut: 

  • Pengurusan ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.
  • Pengurusan perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk membantu keguguran itu selesai dengan baik.
  • Pengurusan pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk menyempurnakan keguguran tersebut.


Melalui pengurusan perubatan, anda mungkin diberi pil untuk dimakan atau ubat jenis pesari yang dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pengurusan perubatan dijalankan, pendarahan anda mungkin menjadi lebih kuat dan mengambil masa sehingga tiga minggu untuk berhenti. Tetapi anda tidak perlu tinggal lama di hospital selepas rawatan dijalankan. 

Pengurusan pembedahan melibatkan pembedahan kecil yang dipanggil ERPC. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan pesakit biasanya sembuh dengan cepat. Pesakit biasanya akan diberi bius umum (general anaesthetic) dan akan tidur semasa pembedahan dijalankan. ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus. 

Kira-kira separuh daripada wanita yang diberi pilihan di atas memilih ERPC berbanding mengambil pil atau pesari. Ini kerana pendarahan berhenti lebih cepat selepas pembedahan. Ini bermakna anda mungkin tidak perlu pergi ke hospital semula untuk rawatan lanjut. Kaedah ini sangat berkesan. Dalam 95 peratus kes, tiada rawatan lanjut diperlukan. ERPC juga ialah rawatan terbaik jika anda mengalami pendarahan teruk atau terdapat tanda-tanda jangkitan. 

Pilihan samada mendapatkan rawatan dan jenis rawatan yang hendak dijalani adalah keputusan peribadi. Sesetengah wanita lebih suka membiarkan perkara ini berlaku secara semula jadi, walaupun ini bermakna mereka mungkin perlu mendapatkan rawatan di kemudian hari. Sesetengah yang lain pula mahu proses keguguran ini selesai secepat mungkin. 

Adalah penting bagi anda mengetahui dengan jelas pilihan yang diberikan supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik. Doktor anda juga akan memberitahu anda jika mereka mempunyai pendapat mengenai jenis rawatan yang difikirkan lebih baik demi kesihatan anda. 

Selepas gugur kali pertama, doktor biasanya tidak akan mengaturkan sebarang ujian khas kerana masalah keguguran pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, dan kemungkinan besar kehamilan seterusnya akan berjaya. 


Saya masih bersedih mengenangkan keguguran saya. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Sebaik sahaja anda dapat tahu bahawa anda hamil, anda mungkin mula memikirkan mengenai bulan-bulan yang akan datang dan menantikannya dengan penuh debaran. Ini merupakan salah satu sebab mengapa keguguran sangat menyedihkan bagi kebanyakan wanita. Ia menamatkan segala angan-angan dan rancangan buat seketika, dan boleh menyebabkan anda merasa kehilangan dan murung

Menghadapi keguguran ialah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan seorang bayi meremukkan hati, tidak kira seawal mana ia berlaku. Anda perlu memberi peluang kepada diri anda untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan. 

Namun, anda juga harus melihat ke masa hadapan. Apabila anda telah bersedia untuk mencuba untuk hamil lagi, anda boleh menarik nafas lega kerana kebanyakan wanita yang senasib dengan anda dapat hamil semula dan melahirkan bayi yang sihat. 


sumber :  babycenter

Friday, May 3, 2013

Gejala Dan Tanda-tanda Awal Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera... moga sihat hendaknya... ni antara entry tentang tanda awal kehamilan, mungkin boleh dijadikan panduan dan mungkin sedang terjadi pada kita sekarang.....

Kelewatan Haid
Kelewatan haid merupakan salah satu tanda awal kehamilan yang paling umum.  Jika kitar haid anda teratur, haid yang lambat lebih dari seminggu mungkin adalah satu tanda awal kehamilan.  Oleh itu, anda harus melakukan ujian air kencing kehamilan.  Jika kitar haid anda tidak teratur, kemungkinan besar haid anda lewat akibat stress, cara pemakanan ataupun keletihan.

Loya dan Muntah
Loya dan muntah juga dikenali sebagai morning sickness dimana ia boleh berlaku pada bila-bila masa.  Gejala ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam darah terutama hormon hCG boleh menyebabkan rasa mual.  Keloyaan biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan dan mula akan berhenti apabila masuk trimester kedua kehamilan.

Sakit dan Tegang Buah Dada
Salah satu tanda awal kehamilan perubahan fizikal ialah perubahan pada payudara.  Anda boleh berasa sakit dan tegang pada payudara yang semakin membesar dan berat.  Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone.  Payudara anda akan menjadi sensitif dan akan berasa sakit dan tegang apabila dipegang.

Berasa Letih dan Mengantuk
Berasa letih dan mengantuk untuk ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon.  Ia juga akibat dari kerja beberapa organ penting seperti buah pinggang, jantung, paru-paru yang semakin bertambah untuk ibu dan perkembangan bayi yang pesat dalam awal kandungan.

Sakit Belakang
Peningkatan hormon progesterone dalam tubuh badan ibu hamil dan jangkitan saluran kencing selama kehamilan boleh menyebabkan sakit belakang di kalangan ibu hamil.

Sakit Kepala yang Kerap dan Muram
Gangguan sakit kepala yang sering berlaku dikalangan ibu hamil disebabkan oleh rasa lelah, loya, muntah, lapar dan tekanan darah rendah.  Perubahan hormon di tubuh badan ibu hamil menyebabkan emosi ibu terganggu dan berasa muram.

Rasa Kelaparan yang Berpanjangan
Sesetengah ibu hamil rasa mual apabila mencium bau makanan tertentu.  Akan tetapi, sesetengah ibu hamil sangat ingin makan makanan khusus tertentu dan berasa kelaparan yang berpanjangan.  Ini disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu hamil.

Perubahan Warna Pada Sekeliling Payudara
Puting susu anda akan semakin  membesar dan warna pada sekeliling payudara akan semakin gelap.  Kadang-kadang ia juga terasa gatal.  Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone.

Kekerapan Kencing
Perubahan hormon dalam darah menyebabkan sistem sirkulasi pendarahan dalam tubuh meningkat untuk perkembangan bayi yang pesat dalam kandungan.  Oleh itu, buah pinggang anda bekerja lebih keras dan menghasilkan air kencing yang lebih banyak.

Ujian Air Kencing yang Positif
Akhirnya anda boleh menggunakan alat ujian kencing kehamilan (UPT) untuk mengesan kehamilan.  Jika ia menunjukkan positif, jangan anda berasa gembira dahulu sebelum anda menjumpai doktor anda untuk menjalani ultrasound scan.  Ini adalah memastikan kehamilan bukan kehamilan luar rahim ataupun kehamilan molar (anggur).  Walaubagaimanapun, keputusan positif menunjukkan peluang kehamilan anda adalah sangat tinggi.


Daging Masak Palembang

Assalamualaikum, hi, macam biasa eka nak kongsi resepi yang my mom selalu masak iaitu Daging Masak Palembang.  Kita boleh tukarkan isi tadi dengan ayam/sotong. Apalagi, jom la masak (campak-campak jer).

Bahan-Bahan:
  1. 1kg daging (potong ikut cara)
  2. 100g cili kering
  3. 4 ulas bawang putih
  4. 1 biji bawang besar
  5. sedikit halia
  6. 3 batang serai (1 batang dititik)
  7. Daun Kari
  8. Kicap
  9. Minyak
  10. 200 ml santan(kotak kecil, eka guna santan M&S)
  11. Garam dan gula

Cara-Cara:
  1. Kisar cili kering, bawang putih, bawang besar, halia dan serai (jika nakkan kuah yg banyak boleh gandakan bahan2 kisar)
  2. Panaskan minyak, Tumis bahan yang telah dikisar dan serai yang telah dititik, dan tunggu sehingga pecah minyak @  sambal telah masak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan daging, dan biarkan ianya empuk.
  5. Setelah daging empuk, masukkan santan dan sedikit kicap.
  6. Akhir sekali taburkan daun kari.  Rasa sekali lagi, jika kurang garam dan gula boleh tambahkan ia.

Okey! dah siap, boleh dimakan bersama nasi, kalau ada kuah lodeh + nasi impit mmmm.... mmg sedap la.... dah mmg padan sangat tu... nyum nyum nyum...


My Beauty Blender

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. semoga hari yang dilalui baik-baik hendaknya... 

Tak sabar rasanya menanti Beauty Blender saya sampai ke rumah.. Now dah ada di Malaysia, tinggal tunggu penghantaran ke rumah sahaja.  Kalau dah sampai, boleh la buat next order.. ni second time wat pembelian online dari China.  Alhamdulillah pesanan pertama selamat tiba dan saya collect sendiri di City-Link Exspress @ Shah Alam..  Hope kali ni okeylah... kalau berminat nak buat pembelian secara online, boleh la ke aliexpress.com, Macam-macam ada... 





Pisang

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Tekanan:  Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.


PMS:Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.


Anemia:  Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:  Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.


Kuasa Minda:  Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).


Penghadaman:  Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


Keletihan:  Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.


Panas Jantung:  Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.


Demam Pagi:  Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.


Saraf:  Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.


Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.


Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.


Kawalan Suhu:  Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).


Seasonal Affective Disorder (SAD):Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.


Ketagihan Rokok & Tembakau:  Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.


Stres:Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.


Strok:Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!Lain-lain


Penyakit Kulit:  Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”


*** Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!


Thursday, May 2, 2013

Susu Kambing T erbaik!

Assalamualaikum, disebutkan al-kisah pengalaman bos ku tentang SUSU KAMBING dan AYDEN ...Insya Allah boleh dijadikan perkongsian yang amat-amat berguna untuk ibu-ibu atau bapa-bapa atau siapa-siapa pun yang punya anak kecil juga baik untuk diri sendiri dan ibu mengandung. (Bos saya copy bos punyer artikel ni....)


1 Februari 2013 genap 7 bulan Ayden ambil susu kambing segar.
Ramai yang bertanya kenapa, bagaimana dan apa bezanya, saya cuba ceritakan satu persatu dari mula. Please be informed, this is OUR story, our journey. What we went through. Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman kami anak beranak.

Sejak dari kecil, Ayden seringkali demam.
Seringkali juga selsema, batuk, kahak.
Adakalanya sakit telinga sehingga terpaksa ke pakar, muntah secara tiba-tiba walaupun tak demam atau muntah dan demam.
Jangkaan saya sebab Ayden dihantar ke nurseri, bercampur dengan ramai budak, terdedah dengan pelbagai penyakit dan kemungkinan.

Kebiasaannya, Ayden akan demam sekurang-kurangnya sebulan sekali, atau / dan mesti akan dapat selsema, batuk, kahak yang seolah tidak pernah hilang.

Seperti biasa, ramai yang akan bagitau sebab anak nak pandai sesuatu, nak kurangkan berat sebab nak merangkak/jalan/ tumbuh gigi.

Dan setiap kali ke pakar kanak-kanak, doktor akan bagitau semuanya normal. Dan ianya biasa sebab duduk di nurseri.

Setiap bulan pasti akan ada ubat, dari ubat batuk, ubat kahak, ubat selsema, ORS dan sebagainya. Termasuk 2 kali antibiotik sebab Ayden pernah demam setinggi 41 celcius, alhamdulillah tak pernah masuk wad. Saya hanya bagi yang relevan dan kalau tak perlu macam ubat selsema memang skip.


Bermula 6 bulan, Ayden mula makan solid dan alhamdulillah boleh dikatakan 90% makanannya adalah organik dan disediakan oleh saya sendiri (homemade). Setiap hidangan dipastikan cukup nutrisi(insya Allah), seimbang dengan makanan tambahan semulajadi (natural supplement) seperti minyak kelapa dara (VCO) , minyak zaitun, flax seed, dan sebagainya.


Tapi,demam masih berterusan setiap bulan, kadangkala tak teruk sangat, tapi ada masanya merisaukan. Teruk atau tak teruk, saya tak tahan lihat Ayden yang seolah tak pernah 100% sihat.

Kata-kata "demam lagi Ayden?" "Cuti jaga anak lagi? "Kan hari tu baru demam?" dah naik lali dan buat hati rasa sedih dan rasa seperti ibu yang gagal. Setiap kali.

Setiap kali itu juga, saya cuba cari sebabnya. Kaji isi kandungan makanan Ayden, lihat persekitarannya.

Susu dah yang paling mahal di pasaran (dengan anggapan ia paling baik).
Makanan dah yang paling organik.
Kombinasi paling bernutrisi dan paling sedap dan yang paling penting, paling penuh kasih sayang.

Tapi Ayden masih demam.

"mungkin namanya terlalu berat" kata mereka.

"mungkin kau tak layak jadi emaknya" kata hati.
"mungkin usaha kau yang paling bagus, tidak cukup bagus" katanya lagi.


It's personal.
Anything Ayden is personal to me.

Dan ketika ini, myself is my biggest enemy.


By this time, I tend to reduce all chemical/medicine intake untuk Ayden. Tak suka kesan sampingannya. Ayden jadi kurang Ayden.. If you know what I mean..

Kadangkala akibat terlalu selalu makan ubat, Ayden jadi arif makan ubat. He didnt mind the syringe. It's not supposed to be like that. You are supposed to hate medicine Ayden, because you are not supposed to be sick almost all the time.

Masih normal. Doktor kata biasa. Ambil ubat sebeban ni. Sumbatkan lagi. Saya gagal lagi.

Deep down, I know there is something wrong somewhere. I just know. And I asked Him to show me the way. I asked and asked. Everyday. Every time. I wanna know why. I wanna treat the root, the cause. NOT the symptom.

And then, it happened.

Kebetulan ada tugas di UPM. Janji dengan senior. A sister I always look up to. Kak Combie. We were talking and somehow Ayden's health was discussed. She mentioned Dr Kader.Her family doctor for more than 20 years (I heard you betulkan 20 years?) He practice Intergrative Medicine. He holds to "let food be your medicine, and medicine be your food". No drugs, no chemical, no foreign liquid intervention. Apa yang ada di dapur, itulah ubat kita. Sepatutnya.

Tepat dengan jiwa saya.

That was June 4th 2012.

By end of June, Ayden was getting the 'routine' fever again. This time, instead of rushing to his usual paed. I made an appointment with Dr Kader.

1 Julai 2012, wedding day my BFF Suriati Samsudin. Saya masih ingat. Sorry Sue, I couldnt make it.
Ayden sedikit kebah dari demam dan muntah-muntah since Friday. Ahad tu, kami ke Plaza 138.

I will never forget that day.

Kliniknya ringkas.
Nak panggi klinik pun macam tak layak.
Sebab tiada bau ubat.
Tiada barisan farmasutikal atau ubat-ubatan.
Tiada iklan belilah ubat ni, nanti elok sakit ni.
Cuma ada banyak makanan nabi. Dari madu ke habbatus sauda, cuka epal, chia seed juga ada. I had no idea masa tu kewujudan chia seed.


Doktor tanya apa sebab datang.
Saya kata anak selalu demam dengan pakej lengkap selsema batuk kahak etc.

And then for the first time, the doctor asked me to list down Ayden's diet for the whole week.
Ayden's usual meal, each and every meal.

Sakit datang dari perut.
Apa ada dalam perut.
Apa yang dimasukkan dalam perut.
Itulah punca sebab musababnya.
Sebab our biggest immunity lies in our gut.

Alhamdulillah Dr Kader was impressed by his food intake.
"I wouldnt suggest anything less" katanya.
I was a proud mommy :) *for about 10 seconds* until he ask..

Susu? tanya Doktor.
******* A+ kata saya. *mesti dapat pujian lagi, kan paling mahal tu!*
Harapnya dapat A+ juga dalam jawabnya nanti.

Susu badan? tanya dia.
Belum boleh lagi. Jawab saya. *And I can feel the guilt come running to tumble me over*
Saya maklumkan Doktor, mengenai keistimewaan Ayden, amanah terbesar saya.

Takpe, cuba lagi. Terus VCO ( I owe you Tarita, for introducing me to VCO, the miracle oil) katanya. that will clear up , all the transfat yang susahkan you untuk lactation, pesan dia.

Tapi, jangan teruskan susu tepung ******* A+. Itu lah punca anak selalu sakit dan demam.

Tapi itukan paling mahal dan paling banyak khasiat tambahannya..kata saya dalam hati.

"susu tepung diproses"
"tergolong dalam processed food"
"Susu dikeringkan, hilang khasiat sebenar, dimasukkan khasiat dan nutrien kemudian kepada tepung kosong tadi"

Susu lembu, casein, kahak, alergi, muntah, badan menentang dan demam..inilah keyword yang saya dengar dan sebolehnya cuba minda saya rakam sejelasnya agar tidak lupa. Susu lembu, penyebab kahak, penggalak kahak. Otak saya ulang berkali-kali. *buat mental note untuk kaji lebih lagi*

Ketika ni banyak lagi penerangan Doktor tapi kepala saya tiba-tiba diselubungi kesedihan yang melampau, pada masa yang sama, bersyukur disekolahkan semula dan direset semula maklumat-maklumat ini.

"susu soya?" tiba-tiba saya teringat susu soya sering digalakkan.

"Soya tak bagus, terutamanya untuk bayi lelaki" and he continued with the facts, articles, and again I was back in the overwhelming state.


"Ambil susu kambing segar katanya. Susu kedua terbaik selepas susu ibu"
Memandangkan Ayden bawah 2 tahun, cairkan dengan air. 1:1
"Berhenti susu lembu segera"


So we went home with raw goat's milk, organic chia seed and habbatussauda.

I think we finished the last tin of FM that week, and terus selang selikan dengan susu kambing. Ayden loved the taste immediately. No hesitation. Syukur Alhamdulillah.

We never looked back. Ummi Bib gigih mendapatkan bekalan susu dr Dr Kader dan selepas tu we found a good supplier yang boleh deliver sehingga ke pintu rumah. Syukur Alhamdulillah.

___________________________________________________________________________________________________

PERBEZAAN KETARA

Paling ketara adalah jumlah demam Ayden. Dalam masa 7 bulan ini, if I am not mistaken, Ayden hanya demam 2 kali, tidak cecah 39 celcius and lasted less than 24 hours. Dalam 2 kali, sekali tu sebab doktor kata onset chicken pox, tapi macam tak jadi nak keluar, selepas mandi dengan apple cider vinegar.

Selsema, batuk, kahak, I can say kalau dulu kekerapannya setiap bulan (setiap 2 minggu sebenarnya) sekarang sangat jarang, kahak very very minimal dan mudah hilang. Ayden takde lagi sukar nak tidur atau terjaga kerana hidung tersumbat, atau keadaan pernafasan tidak selesa disebabkan selsema, batuk dan kahak. In fact, semenjak ambil susu kambing segar, BELUM PERNAH LAGI ke klinik untuk sebab-sebab ini.

Tiada lagi diaper rash, never use any diaper cream ever since. Masih ada diaper cream yang tak guna, tak sempat guna, dah sedekah pada taska untuk mereka yang guna. Alhamdulillah.

The most hanya guna VCO untuk dry skin or kesan gigit nyamuk which we used garlic oil.

No more ear infection.ZERO.

Vomitting episodes reduced by 95%

Selera makan Alhamdulillah sangat menggembirakan, kadangkala bila nak tumbuh gigi, gusi tak selesa, Ayden prefer minum susu sahaja.

PERBEZAAN DARI SEGI KOS


****** A+
Setin RM 80.90
Sebulan : RM 80.90 x4 tin

Susu kambing segar:
Sebotol RM5.00/250ml
SebulanRM 5.00 x 150-160botol

Mungkin nampak kos lebih tinggi pada susu kambing, tapi ketika guna FM, ada hidden cost, rawatan klinik, ubat, consultation pakar, bersengkang mata, anak tak nyenyak tido, emak tak lena tidur.. Tambah tolak bahagi dan darab, lebih kurang juga jumlahnya.

Ahamdulillah, perkembangan Ayden juga mengikut usianya, tinggi, berat, jumlah gigi, milestone, semuanya memberansangkan. Perilakunya tenang. Manjanya seperti kanak-kanak lain, mungkin lebih hehe, tiada apa yang "missing" kerana tidak mendapat "khasiat tambahan" susu tepung.


Bersyukurnya saya pada Allah SWT kerana membuka mata saya. Saban kali kita baca makanan Rasululah, kegemaran Rasulullah, madu, susu kambing, kurma dan sebagainya, tapi seolah tak lekat di kepala. Seolah iklan di TV tu lebih berkuasa dan menyebabkan benar-benar bergantung kepada apa yang dipersembahkan pada saya. Jenama itu dan ini akan menyebabkan anak pintar dan genius. Walhal, bukan itu ukurannya.

Again, this is our experience. Semua ini adalah benar bagi kami, dalam perjalanan kami untuk cuba memberikan yang terbaik buat anak kami. Bukan niatnya untuk berkata ini betul dan itu salah. Tapi menceritakan dan berkongsi pada mereka yang bertanya dan mahu tahu dari. Mungkin kalau dalam MLM, namanya testimoni. haha

Tapi ini tiada jenama. Hanya cerita benar perjalanan bagaimana kami membuat keputusan untuk tukar pengambilan susu Ayden buat selamanya. Insya Allah.

Kepada yang ingin bertanya, silakan, saya cuba bagi jawapan, kalau saya tiada jawapan, kita sama-sama cari ye.

NOTA KAKI:
>saya juga telah stopkan semua vaksinasi Ayden.Vaksin terakhir Ayden adalah pada 1 Ogos 2012 untuk MMR.
>Ayden kini mengamalkan madu dan habbatussauda jika onset untuk selsema atau demam, cuaca sejuk atau dikhuatiri persekitaran tercemar.
>Virgin Coconut Oil (VCO) untuk naikkan imuniti secara semulajadi.


sumber : BosKuYangTerbaikAinArjuna