Thursday, August 29, 2013

Puding Roti Sos Kastard

Assalamualaikum dan salam sejahtera... moga hari ni sihat saja hendaknya... macam kebiasaannya, eka nak kongsi resepi Puding Roti Sos Kastard.  Resepi ni eka dapat daripada kakak ofice lama (Kak Nurul).. Mmmmmm.... memang sedap la.. walaupun tak pernah buat untuk diri sendiri lagi, tapi rasanya memang uuumph..! hehehe. Jom cuba resepi ni...

Bahan-bahan:
8 - 10 keping roti (dibakar dalam toaster sekejap)
500 ml susu cair
 60g gula perang
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100g coklat chip
1-2 sudu gula pasir untuk ditabur atas puding

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard


Cara-cara:

  1.  Panaskan oven pada suhu 170 darjah selsius.  sapukan loyang dengan butter dan alas loyang dengan baking paper
  2. roti dipotong kecil-kecil (kalau rajin) dan dibakar dahulu supaya tidak terlalu lembik bila direndam dengan bahan basah.  Susun roti di dalam loyang berselang seli dengan taburan coklat chip.
  3. satukan susu cair, telur, asen vanila dan gula perang.  Kacau sehingga sebati dan tuang di dalam baking tray yang telah di susun roti.  Tekan roti-roti sehingga tenggelam dan serap semua bahan basah.  Biarkan sekejap dalam 10 minit untuk roti serap bahan basah.
  4. Taburkan coklat chip di atas gula pasir.  bakar selama 35-40 minit.

Dah siap..... kalau nak makan panas2 pun sodap... tuangkan kuah kastard tu okey... :)


Tuesday, August 27, 2013

Siap Sudah Web Ku!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... siap juga akhirnya laman web ku yang tak seberapa ni... kalau ada kesempatan boleh la jengok-jengok kat sini okey... Laman web ni lebih kepada hasil solekan dan penambahbaikan masih lagi dalam proses... al maklumlah.. banyak sangat benda nak dipikirkan... 






Friday, August 16, 2013

Comel Sangat! Nak! Nak! Nak!....

Assalamualaikum,,, lama tak menaip kat blog ni... Mood raya masih lagi tak hilang... duduk kat pejabat ni rasa sayu jer... rasa lemau sangat2... jam pulak alahai lambatnya la....  bila lah nak lunch hour ni, perut dah kriuk kriuk dari tadi, almaklumlah dah seminggu kafe kat office ni tutup (mood raya dia orang lagi lama).... Ni la kerja waktu bosan ku dikala bos tiada di pejabat sebab pergi mesyuarat :) .... buat hati tertawan..... cupcakes, cookies & cakes....








sumber : GLORIOUSTREATS