TAHUKAH ANDA ?
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.
Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.
Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.






