Thursday, October 10, 2013

Buttermilk

Assalamualaikum.... nak kongsi sedikit info tentang apa itu Buttermilk... Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.  Ia lebih pekat daripada susu tapi tidak sepekat krimButtermilk memang agak sukar dijumpai, kecuali di pasar raya yang banyak menjual bahan import. Tapi, jika anda tidak menemuinya, buttermilk boleh digantikan dengan bahan lain.


Ada beberapa cara untuk menghasilkan buttermilk. 

Cara 1 : Dengan mencampurkan susu bersama jus lemon


Caranya :
1 cawan susu

1 sudu besar jus lemon


Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.



Cara 2 : Dengan mencampurkan susu bersama cuka makanan


Caranya :

1 cawan susu

1 sudu besar cuka makanan



Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.



Cara 3 : Menggunakan Krim Tenusu / Dairy Wipping Cream ~ Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream

Putar Krim tenusu / Dairy Whipping Cream (Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream)  hingga ia kental. Proses ini sama seperti kaedah penyediaan krim. Teruskan memutar sehingga ia akan mencair semula, dan terpisah 'seperate'. Hasil dari pengasingan ini  menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan).

Cecair yang putih-kekuningan itulah buttermilk dan boleh digunakan dalam pembuatan kek yang memerlukan buttermilk. Pepejal kuning yang terhasil pula adalah butter. 

P/s:  Kita perlu berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.




Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum.... hari ni mungkin hari moody aku... sebabnya aku tak dapat serta kursus yang penuh dengan ilmu.. nak buat macam mana.. tempat aku tiada pengganti... Semua orang pun sibuk dengan kerja masing-masing.. maka aku dengan pasrahnya redha jer la... ingatkan aku nak tunda jer temujanji pemeriksaan kandungan aku ke hari esok.. tapi disebabkan tak dapat pergi kursus.. maka aku pilih untuk pergi klinik... TQ Mr. Hubby tolong hantarkan pergi klinik... 

Entah bila la dapat pergi kursus ilmu macam ni.. Dah excited aku bawak baju sukan hari ni... sebab hari ni lebih kepada permainan.  Bukan permainan suka-suka tau... Apa yang kita buat tu umpama latihan kita untuk anak-anak kita nanti..  Memang Best!!!  Dahlah aku ni jenis liat nak pergi kursus-kursus semacam tu.. hehehe... Kursus Rumahku Syurgaku, dikendalikan oleh Pakar Motivasi Tuan Haji Shamsuddin bin Mohamed atau lebih glamour lagi dengan panggilan PAK DIN.  Dulu beliau pernah berkhidmat di JPA.  Hari pertama program, dah dapat banyak input ilmu.. Alhamdulillah.. banyak tips yang dia bagi untuk menjadi isteri/suami atau ibu/ayah yang unggul.  Sayang seribu kali sayang.. aku terlepas slot hari ini yang aku rasa lebih banyak lagi input ilmunya....  Insya Allah... jika ada rezeki aku harap dapat lagi pergi kursus macam ni... Al maklumlah.. dah nak jadi mak orang.. Nak jadi orang berjaya...

Hari ni duduk office dengan fikiran ntah ke mana... dengan sakit belakangnya lagi... Kene redha... macam inilah rasanya masa mak mengandungkan aku & adik-adik.. TQ mak.... 






sebab pergi kursus 1 hari jer.. ni jer la yang aku ada.. hehehe.. dan beberapa lagi bahan permainan yang lain..  nak post gambar Pak Din.. tak boleh upload pulak.. tak tau lah kenapa.... musykil ni...


Boleh Solat Fardu Diqhada

Assalamualaikum... dah lama tak belek-belek emel lama dulu.. maka terjumpa la banyak artikel yang kita wajib kene tahu..  nak kongsi sikit tentang solat yang tertinggal.. Moga-moga jadi panduan buat kita semua... Insya Allah....


Solat adalah satu perintah agama yang mempunyai pengkhususan tempoh perlaksanaannya. Ia mempunyai waktu-waktu yang telah sedia diatur dan ditetapkan oleh Allah Subhanahu waTa'ala, iaitu melalui firmanNya: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. [Maksud surah an-Nisaa' 4 - 103].  Apabila perintah ibadah solat itu dilaksanakan dalam waktunya, ia digelar sebagai al-adaa' manakala apabila solat itu dilaksanakan di luar waktunya ia digelar sebagai al-qadha. Secara lebih mendalam, qadha didefinasikan sebagai - Melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas dari waktunya atau melakukan solat selepas dari waktunya yang telah ditetapkan.
Sebab-sebab Membolehkan Solat Diqadha.


Al-Qur'an dan as-Sunnah sememangnya ada mengajar kita tentang perihal menunaikan solat-solat fardhu di luar waktu yang ditetapkan. Akan tetapi kebolehan ini hanya atas beberapa sebab yang juga telah dijelaskan secara terperinci oleh kedua sumber syari'at tersebut, iaitu:

  1. Apabila seseorang itu tertidur sehingga luput waktu solatnya.
  2. Apabila seseorang itu terlupa sehingga luput waktu solatnya.
  3. pabila tersilap kiraan waktu solat sehingga terluput waktu yang sebenarnya.
  4. Apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi darurat sehingga terluput waktu solatnya.

Demikianlah sahaja empat faktor yang dibolehkan bagi seseorang itu tidak mendirikan solat-solatnya yang fardhu lalu kemudian diqadhakannya di lain waktu.  Tertidur dan terlupa adalah suasana yang dimaafkan bagi seseorang yang tidak solat di waktunya lalu diqadhakan dalam waktu yang lain apabila dia terjaga atau teringat, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikan ia apabila teringat. Tidak ada hukuman selain dari itu.

Nabi SAW juga telah bersabda dalam satu hadith yang lain: Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."

Kedua-dua sebab di atas diberikan kemaafan oleh syari'at kerana ia adalah bentuk keuzuran manusia yang diluar kemampuannya.  Akan tetapi kemaafan ini TIDAKLAH diberikan kepada mereka yang sengaja lagi sedar bertujuan berbuat sedemikian.  Contohnya orang yang sengaja tidur di akhir waktu solat padahal dia masih belum solat maka dia dipandang sebagai berdosa besar kerana sengaja mencari helah untuk tidak solat.  Demikian juga hukum yang sama bagi orang yang sengaja menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang sememangnya akan membawa kepada kelupaan seperti sengaja mengasyikkan diri dengan permainan sukan di akhir waktu solat sehingga tertinggal solatnya itu.  Perbuatan sebegini membawa bebanan dosa yang amat besar ke atas orang itu dan dia selain wajib mengqadha solat tersebut, dituntut agar segera bertaubat dan memperbetulkan dirinya.

Termasuk dalam kategori orang yang tertidur, melalui kaedah qiyas, ialah orang yang pitam atau pengsan.  Maka bagi mereka dimaafkan solat yang tertinggal itu akan tetapi apabila sedar semula wajib diqadha bilangan solat yang tertinggal.  Akan tetapi dimaafkan secara terus orang yang diserang penyakit gila atau koma, di mana kedua ini adalah sejenis keuzuran yang berpanjangan dan orang yang menghadapi suasana ini diangkat darinya sebarang kewajipan agama, seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.  Orang yang menghadapi kondisi ini tidak perlu mengqadha solat yang tertinggal selama tempoh dia sedang gila atau koma.  Walaubagaimanapun perlu dibezakan antara gila kerana penyakit atau gila kerana mabuk; di mana gila kerana mabuk adalah perbuatan sengaja manusia itu sendiri dan dia tetap diwajibkan mengqadha semula solat yang tertinggal apabila waras kembali.

Kategori ketiga yang membolehkan solat diqadha ialah apabila seseorang itu  tersilap dalam kiraan waktu solatnya. Contohnya ialah apabila seseorang yang bermusafir ke negara lain lalu tersilap dalam menentukan zon waktu negara tersebut, kemudian dengan itu disangkanya bahawa waktu solat itu masih hadir padahal sudah luput maka bagi dia tiada kesalahan kecuali tetap menunaikan solat tersebut secara qadha.  Ini berdasarkan firman Allah SWT : Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Maksud surah al-Ahzab 33  dan juga sabda Nabi SAW : Sesungguhnya Allah telah memaafkan kerana aku, kesilapan dan kelupaan dari umat aku serta apa yang mereka lakukan kerana dipaksa.

Kategori keempat yang membolehkan solat fardhu ditunda dari waktunya yang asal ialah dalam suasana darurat. Darurat ialah satu kondisi yang melibatkan keselamatan nyawa dan anggota seseorang itu atau orang-orang di bawah amanahnya (Life and Death situation). Dari sudut syari'ah ianya didefinasikan sebagai - Darurat itu ialah datangnya keadaan bahaya atau kesulitan yang amat berat kepada diri manusia, yang membuatkan dirinya kuatir akan terjadinya kerosakan atau sesuatu yang menyakiti jiwa, anggota badan kehormatan, akal harta dan yang bertalian dengannya.  

Ketika ini boleh atau tidak harus mengerjakan yang diharamkan atau meninggalkan yang diwajibkan atau menunda waktu perlaksanaan guna bagi menghindari kemudaratan yang diperkira dapat menimpa dirinya selama tidak keluar dari syarat-syarat yang ditentukan syara'.

Dalil yang membolehkan suasana darurat sebagai faktor membolehkan penundaan kewajipan solat dari waktunya ialah peristiwa yang berlaku di ketika Perang Khandak, di mana Rasulullah SAW dan para muslimin sekalian sedang berada di kegentingan peperangan mempertahankan Kota Madinah dari serangan musuh sehingga tidak berkesempatan untuk mendirikan solat Asar. Maka apabila serang musuh yang bertubi-tubi itu reda di waktu Maghrib, barulah Nabi SAW serta orang ramai berkesempatan untuk menunaikan solat Asar mereka, diikuti dengan solat Maghrib.

Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menceritakan: Di ketika Perang Khandak Umar al-Khattab menyumpah-marah kaum kafir Quraish di ketika matahari sudah terbenam lalu berkata: Ya Rasulullah ! Saya tidak sempat mendirikan solat Asar dan matahari sudahpun turun ! Nabi SAW berkata: Demi Allah ! Aku juga belum solat ! Dengan itu kami turun ke Buthan (perigi air - P) dan Nabi berwudhu' dan kami juga berwudhu' dan kemudian kami mendirikan solat Asar setelah matahari terbenam diikuti dengan solat Maghrib.

Maka dari hadith dan peristiwa di atas para ahli fiqh bersepakat menyatakan bahawa kondisi yang membolehkan seseorang itu menundakan solatnya ke waktu yang lain apabila dia berada dalam keadaan sedar ialah kondisi darurat sahaja. Diulangi bahawa darurat itu ialah suasana yang membahayakan nyawa seseorang itu atau mana-mana anggota tubuh badannya. Adapun keuzuran atau apa-apa halangan lain yang tidak membahayakan nyawa dan anggota maka ia tidaklah membawa kepada kelonggaran hukum mengqadhakan solat, sepertimana yang akan dihuraikan di bawah nanti.

Tertib Mengqadha Solat.

Solat-solat yang terluput dari waktunya wajib didirikan semula secepat mungkin apabila teringat dan sedar dari kondisi terdahulu kecuali ada sebab tulen yang menghalang seperti terikat dengan suasana cuaca buruk, amanah berat dan tanggung-jawab yang tidak dapat ditangguhkan. Solat yang tertunda juga wajib diqadha secara berturut dan bergiliran, tidak dengan pilihan yang rambang. Maksudnya ialah orang yang tertidur sehingga luput solat Asarnya dan kemudian terjaga di waktu solat Maghrib maka bagi dia ialah menunaikan solat Asar dahulu kemudian diikuti oleh solat Maghrib. Demikian juga kaedahnya bagi orang yang tertinggal beberapa solat sekali-gus, dia wajib mengqadhakan solatnya itu mengikut giliran dan turutan kemudian barulah mendirikan solatnya yang hadir. Kewajipan ini didasarkan kepada hadith di atas mengenai peristiwa Perang Khandak di mana Nabi SAW apabila terhalang solat Asarnya sehingga masuk waktu Maghrib, beliau mengqadha solat Asar itu terlebih dahulu kemudian baru diikuti oleh solat Maghrib.

 Walaubagaimanapun kewajipan ini, berdasarkan ijtihad para fuqaha, dilonggarkan dalam beberapa suasana, iaitu -

1.     Apabila waktu solat yang hadir hampir berakhir maka diharuskan mendirikan solat yang hadir dahulu kemudian diikuti oleh solat yang hendak diqadha.

2.     Apabila sedang solat lalu tiba-tiba baru teringat akan solat yang tertinggal maka dibolehkan meneruskan solat itu sehingga akhir kemudian disusuli dengan solat yang perlu diqadha itu.

3.     Apabila solat yang perlu diqadha itu melebihi solat sehari, iaitu melebih 5 waktu maka dilonggarkan kewajipan mengqadhanya mengikut turutan akan tetapi tetap wajib diqadhakannya secepat mungkin.

Disini perlu diperbetulkan perbuatan sesetengah yang memilih-milih secara rambang tentang bilakah dia akan mengqadha solat yang tertinggal dan mengikut suka hati solat apa yang hendak diqadhakan dahulu. Sumber-sumber nas jelas menerangkan bahawa solat adalah ibadah tunggak seorang muslim dan apabila tertinggal ia wajib diqadha secepat mungkin menurut turutan dan gilirannya. Adapun memilih-milih sesuka hati bilakah akan diqadha solat yang tertinggal dipandang sebagai satu perbuatan meremahkan solat dan mempermainkan tanggung-jawabnya terhadap Allah Azza waJalla dan orang sebegini dituntut agar segara bertaubat dan memperbetulkan perbuatannya itu.


Alhamdulillah, selesai baca boleh la kita share pada kawan-kawan kita di luar sana.. Terima kasih... :)


Kurma

Assalamualaikum, nak sedikit perkongsian ilmu tentang buah kurma untuk semua jua.... 
KURMA merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifiknya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.
 Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran.  Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.  Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25)
 Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.
Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa’ad r.a. yang bermaksud:
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.” (Sahih Muslim: no 3813)
Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri. 
Kandungan Nutrien - Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma - Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

Kurma mengelakkan penyakit
Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes.  Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.  Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”

Menyembuhkan penyakit yang kronik
Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.  Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia.  Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

Memudahkan proses bersalin
Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.  Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.
Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok.  Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

Memudahkan proses pencernaan
Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ’al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s.  Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.

Kurma menenangkan perasaan
Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”. 
Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan.  Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia.  Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.
Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir
Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW.  Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak.  Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.
Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

Alhamdulillah.. selesai baca yer kawan-kawan.... JOM Share dengan kawan-kawan kita pulak... TQ :)

Monday, October 7, 2013

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi SAW

Assalamualaikum.. Selamat pagi..... Alhamdulillah hari ni tak ada rasa moody nak bekerja.. almaklumlah hari Isnin.. Mungkin sebab bos tak pasang radio dia kot.. hehehehe.... okey la tu kan... kalau tak pagi-pagi aku dah mula nak stress....

Jom kita potong kuku... hari Isnin, Khamis & Jumaat adalah hari sunnah potong kuku dan sambil tu kita buatlah ikut sunnah Nabi SAW.





MUNGKIN diantara kita atau kebanyakan kita, ketika memotong kuku asal-asalan—mulai dari tangan kiri atau kanan, pokoknya tak beraturan. Walaupun ia dilihat hanya perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar.
Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang dalam keadaan ihram haji atau umrah didenda membayar dam karena memotong kukunya. Demikian juga kuku bisa menyebabkan tidak sah-nya wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan lainnya, yang berhubungan dengan kuku dari segi hukum, hikmah memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam bahasan kali ini.
1. Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku
Memotong kuku adalah amalan sunah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: “Sepuluh perkara yang termasuk fitrah (sunnah): memotong kumis, memelihara jenggot, bersiwak, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.”
Sekali lagi ini adalah bentuk menghilangkan segala kotoran yang melekat di celah kuku, apalagi jika kuku dibiarkan panjang.
2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya dan dimulai dari jari kelingking lalu sampai pada ibu jari, kemudian tangan kiri dari jari kelingking ke ibu jari.
Sementara alat untuk memotong kukunya dapat menggunakan gunting, pisau atau benda khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari seperti alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sebaiknya segera membasuh tangan dengan air. Ini karena jika seseorang itu menggaruk anggota badan, dikahawatirkan akan menyebabkan penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi juga akan menyebabkan penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”
“Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunah memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma’at, sebagaimana disunatkan mandi, bersiwak, memakai wewangian, berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan shalat Juma’at,” (Hadis riwayat Muslim)
4. Menanam Potongan Kuku
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, janganlah dia memotong rambut, kuku atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya ( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW, karena beliau menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, niscaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.
Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat dari benda najis karena akan menghalang daripada masuknya air saat berwudhu.

P/s:  Lagi satu.. kalau kuku kita panjang dah tentulah ada simpan kotoran.. mungkin kotoran dari najis dan sebagainya.  Kemudian kita memasak pulak untuk keluarga... Rasa-rasa makanan tu tercemar tak?? Ingat yer.. setiap makanan yang kita beri itu jadi darah daging.. kalau baik maka baiklah kita.. kalau tidak... lu pikir la sendiri.. :) okey!

SumberIslamPos

Alhamdulillah.. dah habis baca artikal ilmu ni.. Jangan la segan-segan nak share gn kawan-kawan okey.. TQ... :)

Thursday, October 3, 2013

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013

Assalamualaikum... morning u alls... pagi ni rasa bad mood sangat2... coz Y?? sebab tak larat sangat rasanya hari ni... dahlah rasa tak selesa (sakit belakang), masuk ofice, bos pagi-pagi dah start buka radio.... hurm... nasib... nasib... Kalau boleh nak jer tidur depan PC ni... 

Malam tadi aku keluar gn Mr. Hubby, dia orang cakap malam semalam last day pertandingan bunga api.. Aku tak tahu menahu pun pasal pertandingan ni.. nama jer duduk Putrajaya.... al maklumlah.. hujung minggu mana penah lekat kat Putrajaya... Hujung minggu aku di Klang @ Muar... Jadual Tetap.. heheheh..

Sebab tak tahu jadual pertandingan...  ingatkan bunga api tu start awal.. maka.. lepas maghrib kita orang dah terus keluar... yang lucunya aku lupa ajak budak rumah aku yang seorang tu.. huhu.. sory gurl..... lupa sangat-sangat.... Mrs. Ummi  bagi tahu, ia start pukul 10 malam... adooooi... ni baru 8.30 malam.. lamanya... tapi nasib baik datang awal.. sebab... datang awal pun parking dah penuh.. kalau lewat memang tak ada parking la jawabnya...

Paling tak suka menunggu.... lambat betul nak pukul 10 malam.. makan kacang rebus dah habis... air dah 2 habis.. game pun sampai dah bosan main... hurm... tiba-tiba.......... Mr. Hubby cakap... Dah nak mula ni!! cepat-cepat..... :)  Memang cantik.. Puas hatilah... selalu dapat tengok sekejap jer.. ni lama...

Kalau la tau dari awal.. dah bawak mak pergi sini dah.. rugi...rugi... tak apa.. next time la okey...!







Kalau tau.. tak adalah aku tinggal DSLR aku kat kampung.. kalau dah snap guna BB ni memang tak syok langsung .....  gambar tak sharp...


Wednesday, October 2, 2013

Can You Speak English!!!!

Assalamualaikum.... hari ni seharian rasa relax sebab bos dari pagi tak masuk office... almaklumlah.. sibuk mesyuarat kat luar kawasan... tapi bila dia dah balik ke office..... Adooooi...... kene bebel lagi.. lagi lagi kene bebel... benda yang sama.. dia selalu cakap kami tak faham apa dia cakap.. tapi sebenarnya dia yang tak faham apa kami cakap... dah betul parah ni.. adoi....

Dah habis dia membebel.. dia minta pulak aku call person form australia... mak oi... boleh ker ni....??? aku bab speak english ni.. memang angkat tangan la.. mula la kalut.. lagi kalut daripada bos aku.. nak call satu hal, telefon aku ni dah lah tak boleh call no oversea... paling jauh pun sabah sarawak ..... hehehe... Thanks la PA pengarah tu.. coz bagi pinjam telefon... itu pun huru hara sebab tak boleh call... rupanya ada caranya.. nasib baik ada pegawai yang selalu call oversea... thanks thanks thanks........ Alhamdulillah... kerja selesai.. walaupun aku cakap agak kalut dan agak berterabur... tapi bangga tau.. boleh cakap dengan orang Australia... hehehehe...

Disebabkan english basic aku terlalu teruk.. almaklumlah... aku nak cakap orang puteh dengan sapa???? cakap jawa boleh la... Kak zue suruh aku daftar online... aku pun daftar la Lets Talk In English.  Lepas ni cakap orang puteh macam airlah gayanya... hehehe..  




Kalau nak belajar english boleh la u alls daftar kat sini ok... Good Luck!!!


Harga Rokok Naik Lagi!!!

Assalamualaikum.... mesti ramai yang naik angin kan...  terutama lelaki... isu ni sangat sensitif bagi perokok-perokok tegar... tapi bagi kita orang yang tak merokok ni.. tak ada hal punyalah... kepada perokok di luar sana... berhenti merokok itukan lebih baik... tak ada alasan dah untuk tidak berhenti merokok.. NAK 1000 DAYA, TAK HENDAK 1000 DALIH.  hehehehe... kesian orang sekeliling.... kene pencemaran udara...  kita orang ni sakit lebih tau daripada perokok-perokok.. lagi pun buat apa nak membazir duit dengan perkara yang tak mendatangkan faedah tu... duit habis... sakit dapat... jin suka la orang yang hisap rokok ni.. sebab tu asal usul dia....


Petikan berita daripada Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Jun - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.
Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut: DUNHILL range RM10.50 KENT range RM10.50 BENSON & HEDGES RM10.50 PETER STUYVESANT range RM9.00 PALL MALL range RM9.00 PALL MALL Plain RM10.90 LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90 ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. - BERNAMA

Bumi Allah Itu Luas

Assalamualaikum... pagi-pagi ni selak-selak paper, terbukalah slot Mega Agama... Lepas dah baca mestilah nak kongsi... nak buat sedikit perkongsian ilmu yang di petik dari Utusan Malaysia yang telah disediakan oleh YADIM dan dicopy semula untuk tatapan anda semua jua....

Berapakah Usia Bumi - Menurut ilmuwan, bumi berusia sekitar 4.5 ribu juta tahun.   Dalam Al-Quran dan hadis, tidak ada keterangan tentang usia bumi kerana wahyu tidak bertujuan untuk itu.  Tetapi ada kisah metaforik ketika Nabi SAW melakukan Mikraj ke Sidratulmuntaha. Baginda melihat seorang tua yang tidak bergigi, rambutnya banyak yang telah gugur, kulitnya kering, wajahnya berkedut-kedut.  Orang tua itu berjalan dengan langkah yang berat.  Lalu Nabi SAW bertanya kepada Jibrail:  "Siapakah gerangan orang tua itu?"  Jibrail menjawab:  "Orang tua itu adalah perumpaan bumi yang sangat tua usianya."

Kaitan Pelihara Bumi Dengan Iman - Memlihara bumi adalah antara pentanda keimanan (rujuk al - A'raf:85).  Betapa banyak sumber penghidupan yang dicipta Allah SWT di bumi (rujuk al - A'raf:10).  Jika manusia memanfaatkannya dengan sewajarnya, maka hidupnya akan makmur dan sentosa.  Malangnya, ada manusia cenderung membinasakannya.

Misalnya, mereka yang menebang hutan sesuka hati sehingga rosak keseimbangan alam. Yang lain menggali tanah, pasir dan galian lain tanpa peraturan sehingga terjadi tanah runtuh. Ada pula yang membuang bahan buangan sewanang-wenangnya sehingga terjadi pencemaran air dan udara yang menimbulkan perbagai-bagai penyakit.  Semua ini menyebabkan kerosakan di darat mahupun di laut (rujuk ar-Rum:41), padahal Allah SWT telah mengingatkan manusia agar tidak membuat kerosakan di bumi, sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya.  (rujuk al-A'raf:56).  Manusia diberi kepercayaan untuk memelihara dan memanfaatkan bumi sesuai dengan kehendak Pemberinya, iaitu Allah SWT.  Perlombongan minyak, satu bentuk kekayaan bumi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan manusia.

Manusia diberi kepercayaan untuk memelihara dan memanfaatkan bumi

Bumi - menurut tafsiran yang khusus adalah tanah tempat kita berpijak.  Manakala dalam erti yang luas mencukupi lautan, udara, daratan dan segala isinya.  Oleh itu, ada istilah 'perut bumi' yang mengandungi air, minyak dan batuan, yakni tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang tertimbun selama jutaan tahun.  Allah SWT memilih bumi sebagai tempat tinggal yang kaya dan subur untuk penghidupan manusia (rujuk al-Baqarah:22), ar-Ra'd:3, Qaf:53-54) dan diciptakan-Nya pula gunung untuk mengukuhkannya agar manusia dapat hidup diatasnya tanpa ketakutan. (rujuk al-Naml:61)

Bumi Allah - Didalam surah az-Zumar, ayat 30, disebut bahawa bumi Allah SWT itu luas.  Makna yang terkandung dalam ayat ini adalah kita kan mendapat kebaikan jika kita beriman, berbakti, kepada Allah SWT dan bersabar.  Perkara berlawanan bagi ayat di atas daap dibaca dalam surah Taha, ayat 124 yang menyatakan bahawa siapa yang berpaling ingkar daripada petunjuk Allah SWT, maka baginya kehidupan yang sempit.

Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku ayng beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu.  Orang yang berbuat baik di dunia akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas. (az-Zumar:10)

Padang Mahsyar - Di bumi, manusia hidup dan mati, lalu dibangkitkan kembali di Padang Mashsyar pada hari kiamat (rujuk al-A'raf:25).  Ertinya, segala yang ada di bumi dijadikan manusia (rujuk al-Baqarah:29), tetapi hanya sebagai tempat sementara.  Dalam hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Umar ra., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah orang asing atau penyeberang jalan."  Oleh itu, manusia harus mengetahui erti dan tujuan hidupnya di bumi, yakni menyembah dan beribadat kepada-Nya. (rujuk az-Zariyat:56)

Tanggunjawab Manusia - Secara harfiah, surah az-Zumar, ayat 10, boleh di tafsirkan bahawa bumi Allah SWT itu begitu luas, sehingga tidak ada alasan bagi manusia untuk tidak berbuat baik dan berbakti.  Kita digalakkan menjelajah bumi dan meningkatkan rasa tanggungjawab serta martabat kita sebagai manusia.  Dalam al-Quran, ada kritikan terhadap orang yang menyerah dan tidak mahu berhijrah untuk mendapatkan kehidupan yang bertanggungjawab serta meningkatkan martabatnya.  (rujuk an-Nisa:97)

Khalifah di muka bumi - Allah SWT mencipta manusia sebagai khalifah di muka bumi.  (rujuk al-Baqarah:30) Hanya manusia, bukan jin atau malaikat yang diberi kepercayaan oleh Allah untuk memelihara bumi (rujuk al-A'raf:56 dan 85), kerana hanya manusia yang memilih akal serta fikiran untuk memahami tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT di muka bumi. (rujuk ar-Rum:22)


Dah baca, sila-silalah Share kat kawan-kawan okey... 


Tuesday, October 1, 2013

Pati Delima Gulsan


RM14 Sebotol
5 Botol >> RM12.50 Sebotol

Khasiat:

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.



DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.


MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.


MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.


MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.


MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.


MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.


MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.


DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.


MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.


MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.


MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.


MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.


DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness', menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).  Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung) serta kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik


MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.


LAGI KHASIAT DELIMA

  • melawan penyakit gout
  • mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • merawat 'sinus'
  • meningkatkan tenaga
  • menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • menormalkan fungsi hati
  • menstabilkan peredaran darah
  • merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • mencuci darah kotor

PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN PATI DELIMA

  • Menegangkan payudara
  • Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
  • Membuang lemak berlebihan terutama di perut
  • Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
  • Merawat dan mencegah kanser rahim
  • Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
  • Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
  • Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
  • Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
  • Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
  • Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

Boleh Hubungi: 012 6867102 (zue)
                             : 017 6099145 (halim)