Tuesday, November 26, 2013

Galakkan anak-anak suka pada buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pagi-pagi ni terfikir pulak pasal anak-anak zaman cyber dan serba moden ni.  Anak zaman sekarang lebih minat dengan gajet & alat permainan.  Bila disuruh membaca atau menghadap buku, mulalah beralasan itu ini, nak makanlah, mengantuklah dan macam-macam lagi yang boleh selamatkan dia orang daripada dekat dengan buku.  Jikalau dari kecil dah liat nak dekat buku, agak rumit kita nak dekatkan mereka dengan buku sebab dah terlalu leka dengan gajet & barang permainan.  

Lagi satu trend zaman sekarang, bila anak menangis hendakkan sesuatu, mesti diturutkan.  Tak salah nak ikut kehendak anak, tapi perlu ada batasnya, jangan sampai mereka terbiasa.  Bila kita terus menurut, mereka akan rasa apa yang mereka buat tu sesuatu yang betul.  Sesekali kita perlu kata tidak pada mereka.  Misalnya jika anak kita sangat suka dengan sesuatu barang maianan, sepuluh kedai pergi, 10 kedai itulah dia nak.. jikalau tak dapat mereka akan nangis ikut hati.  Kita?? malu orang sekeliling pandang... "Ok ok.. mama belikan  yer" Sekali sekala bolehlah kita ikutkan.. tapi lama-lama??? sendiri fikir okey... 

Saya tau kita sayang anak kita.. tapi perlu ada rasionalnya..  Tapi kalau kita nak dekatkan anak kita dengan buku.. kita pun kenalah sama-sama juga.  Ini tidak, suruh anak menghadap buku, tapi mak @ ayah leka dengan game di telefon bimbit masing-masing. hehehehe... Budak-budak ni belajar melalui pemerhatian okey...

Saya suka ada seorang kakak di pejabat saya, anak-anak dia sangat minat membaca dan sangat gemarkan buku.  Apa yang saya tahu, dia suka bawa anak-anaknya ke perpustakaan, festival buku dan rajin duduk dengan anak-anak menghadap buku dan belajar sama-sama.

Itu pada pendapat sayalah.. saya tak kata pendapat saya tu yang terbaik.. tapi apa yang terfikir di minda ni... 

Petikan dari Pa&Ma
Biarpun sudah bersekola tadika tetapi ada kanak-kanak yang tidak suka melihat buku sekolahnya. Risau juga ibu bapa sebab bimbang anak tidak boleh membaca apabila melangkah ke sekolah rendah kelak.
Puas dipaksa, dipujuk malah adakalanya dimarah agar anak rajin membaca tetapi hasilnya tetap sama. Sebenarnya anak-anak kecil tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu perkara. Lagi dipaksa lagi dia enggan melakukannya.
Kanak-kanak belajar daripada pemerhatiannya. Jika papa dan mama memaksa dia membaca sedangkan papa dan mama sendiri tidak membaca, sudah tentu si kecil enggan melakukannya. Oleh itu ibu bapa perlu tunjukkan dahulu contoh minat membaca. Bila anak-anak tengok papa dan mama rajin membaca, secara tidak langsung mereka juga akan mencontohinya. Tak percaya cubalah sendiri!
Jadikan aktiviti membaca bersama keluarga sebagai rutin harian.Cari masa sesuai di mana semua ahli keluarga duduk dan membaca bersama-sama. Ketika ini jangan pasang televisyen, komputer dan sebagainya.
Pilih buku yang sesuai mengikut tahap usia anak-anak turut mendorong mereka suka membaca. Bawa anak ke kedai buku. Bantu mereka pilih buku yang sesuai mengikut tahap usia mereka.
Jangan mudah berputus asa. Terus galakkan anak membaca dan dalam masa yang sama bersabar dengan kerenah mereka.

Kalau suka boleh kongsi artikal ni okey! :)


Wednesday, November 20, 2013

27 Minggu....

Assalamualaikum... pagi ni rasa sangat-sangat tak larat ditambah dengan mengantuk yang amat sangat... Rasanya dah tidur cukup awal semalam.  Kepala dah mula nak rasa berat. Malas makin bertingkat-tingkat... Adooiii.. apakah ini?? Now, aku dah masuk trimester ketiga.. alhamdulillah.. dah 27 minggu, tinggal 2 bulan mendatang.. Moga-moga sihat selalu dan dipermudahkan Allah... Insha Allah... dalam nak menaip ni pun rasa macam nak lelap jer mata ni.. memang mengantuk.. 

Alhamdulillah sebab ujian gula dalam darah aku normal hari tu. Keputusannya, FBS: 4.53 , 2HPP:6.59.  Doktor cakap keputusan okey.. sebab aku buat ujian ni atas dasar faktor umur katanya... Alhamdulillah...


Baby 27 minggu

Bayi anda sekarang seberat 875g dan berukuran 36.6sm dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan jaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jarinya. 

Si kecil anda juga mungkin sudah mula bermimpi! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak. 

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah bayi anda sedang mengalami sedu. Perkara ini kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu benang di dahi tidak akan menghilangkan sedunya, namun sedu-sedu itu hanya berlanjutan untuk seketika sahaja. Sensasi itu mungkin agak aneh bagi anda, tetapi ia bukanlah sesuatu yang tidak menyenangkan. 

Oleh kerana uterus anda sekarang sudah naik dan hampir dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin rasa susah bernafas atau anda sudah merasa kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin mengalami kejang betisbuasirurat simpul dan gatal-gatal pada perut. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda. 

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada minggu ke-36 kehamilan



Rujukan : BabyCenter

Wednesday, November 13, 2013

Lemak

Assalamualaikum,,,, nak kongsi artikal berkenaan LEMAK yang mungkin kita tak pernah tahu pun sebelum ni...  eka ambil dari yahoo... ok.. selamat membaca...

Lemak adalah satu benda yang menyebabkan anda menghabiskan banyak masa untuk berdiet dan pergi ke gim untuk menjaga badan anda. Tetapi tahukah anda bahawa lemak mempunyai implikasi yang ketara pada fizikal dan emosi? Menurut seorang ahli biokimia pemakanan, terdapat beberapa fakta-fakta penting mengenai lemak yang mungkin akan mengejutkan anda seperti berikut: 

Lemak terdapat dalam pelbagai warna
Lebih khusus lagi, terdapat pelbagai jenis lemak yang mempunyai fungsi dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat. Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah, malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang dilakukan oleh otot. Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan. 

Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk. Namun, sayang sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat. 

Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning. 

Lemak di bahagian punggung lebih sihat daripada lemak di perut
Sebagai seorang wanita, sudah semestinya mempunyai lemak adalah sesuatu yang perlu dielakkan, tetapi ia sebenarnya lebih selamat untuk mempunyai badan seperti buah pir daripada epal. Lemak perut, juga dikenali sebagai lemak 'visceral', adalah lebih responsif kepada hormon kortisol berbanding lemak pada paha atau punggung anda, jadi apabila anda tidak mencari jalan yang sihat untuk mengatasinya, kalori tambahan yang dimakan lebih cenderung untuk tersimpan di bahagian tengah-tengah anda. 

Lemak di bahagian perut boleh mencipta bahan kimia keradangannya sendiri seakan-akan tumor. Tambahan lagi, bahan kimia ini akan berhubung dengan otak dan membuatkan anda lapar dan letih, sekaligus menyebabkan anda lebih cenderung untuk makan berlebihan atau makan makanan ringan dan tidak bersenam, lantas mewujudkan satu kitaran yang bahaya dan mengekalkan penyimpanan berlebihan lemak perut. 

Kalori akan dibakar dahulu sebelum lemak
Sebelum anda membakar lemak, anda membakar kalori terlebih dahulu, sama ada ianya datang daripada kalori karbohidrat yang tersimpan seperti 'glycogen' dan gula darah atau daripada lemak badan yang disimpan. Lebih banyak kalori anda yang anda bakar dalam setiap senaman , lebih besar defisit yang anda akan mewujudkan dan lebih banyak lemak anda akan hilang. 

Pakar menyokong latihan selang tinggi intensiti untuk membakar kalori sebanyak mungkin dalam masa yang singkat. Kaedah ini yang boleh membakar dua kali ganda kalori dalam jumlah masa yang sama yang dihabiskan sama seperti latihan dalam keadaan yang stabil. 

Lemak memberi kesan pada 'mood' anda
Tidak ada perkara yang lebih teruk lagi selain melihat angka di skala penimbang berat anda bertambah, tambahan lagi mempunyai lebihan lemak terutama di sekitar perut anda akan mengaktifkan bahawa keradangan kitaran, yang mana kajian menunjukkan boleh menjadi faktor yang serius dalam kecelaruan emosi seperti gangguan dwipolar. 

Untuk membantu memecahkan kitaran tekanan, cubalah makan coklat gelap kerana terdapat gula yang mampu untuk memenuhi keinginan yang disebabkan tekanan, tetapi 'flavonoid' yang sihat membantu anda lebih tenang. Produk tenusu rendah lemak seperti yogurt juga boleh memberi kesan yang sama. Disamping itu, gabungan kalsium dan magnesium boleh membantu menenangkan tindak balas tekanan. 

Orang berbadan kurus juga mempunyai selulit
Selulit disebabkan oleh lemak yang terperangkap di bawah kulit. Kulit berlapis yang terhasil oleh tisu penghubung yang mengikat kulit dengan otot, dengan lemak yang terperangkap di antara mereka seperti sandwic. Anda tidak perlu banyak lemak untuk menyebabkan 'dimpling effect' , jadi anda boleh mempunyai lemak badan yang rendah tetapi masih mempunyai sedikit lemak lekuk di bahagian seperti punggung anda atau belakang paha anda. 

Membina otot sementara kehilangan lemak boleh bantu mengurangkan kemunculan selulit. Selain itu, krim selulit yang khusus dan losyen juga boleh membantu mengurangkan selulit walaupun mereka tidak boleh membuat apa-apa tentang lemak dibawah kulit itu.



Monday, November 11, 2013

Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum,,,  untuk amalan diri sendiri jua.. semoga sama-sama kita dapat amalkan.. Insha Allah.. dikelapangan masa yang ada... misalnya perjalanan ke tempat kerja atau kemana sahaja.. dalam perjalanan tu,, mungkin kita dah rasa tak ada perkara yang nak dibualkan ataupun lebih mudah daripada kita berborak kosong.. ada baiknya kita gunakan masa yang ada itu untuk bersedekah.. tak perlukan wang pun... hanya dengan Surah Al-Fatihah.  

Niat untuk sedekah Surah Al-Fatihah:

  1. Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
  2. Para sabahat dan keluarga Nabi S.A.W
  3. Muslimin dan Muslimah
  4. Ibu bapa
  5. Untuk anak kita juga...  

Insha Allah.. moga Allah murahkan rezeki kita... ulang bacaan Surah Al-Fatihah seberapa banyak disepanjang perjalanan kita... lagi jauh jarak perjalanan, lagi banyak kita sedekahkan Surah Al-Fatihah... 





Sumber Ilmu daripada Pak Din setelah ku dapat setelah menghadiri kursus Rumahku Syurgaku.  Insha Allah.. Jom sama-sama kita amalkan... lama kelamaan boleh menjadi rutin harian kita...


Wednesday, November 6, 2013

Anarkali Salwar Kameez

Assalamualaikum... korang mesti ada keinginan yang bila orang lain dengar... errrk.???? kan kan kan.....? tapi sebenarnya keinginan tu dah tercapai pun.. cuma tak puas dan tak cukup lama... hehehehee...  kalaulah dapat lagi satu pun tak per.. nak beli sendiri... mak aaiiii.. mahal betul...  hope berjaya buat baju ni... Otw.... tunggu......









Membaca Al-Quran

Assalamualaikum, alhamdulillah masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini... Thanks to Farid Iqbal & Wife sebab hadiahkan buku Indahnya Hidup Bersyariat daripada Dato' Ismail Kamsu, diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.  Ini antara isi kandungan yang terkandung dalam buku tersebut.... 

Antara kelebihan membaca al-Quran:
  • Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
  • Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran:  Menurut Ibnu Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibnu al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
  • Balasan satu huruf dibaca ialah bidadari di Syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga.
  • Mengikut Ibnu Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala pembaca tidak akan putus.
  • Selamat daripada api Neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
  • Pada hari Kiamat, al-Quran menjadi pembela.
  • Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga.
  • Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
  • Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
  • Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
  • Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
  • Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
  • Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
  • Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
  • Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
  • Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat.
  • Mempelajari dan membacanya akan mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
  • Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti.
  • Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

Masa yang diutamakan membaca Al-Quran:
  • Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.
  • Antara Maghrib dan Isyak.
  • Sesudah solat Subuh.

Insya Allah... semoga dengan membaca sedikit daripada apa yang ada dalam buku tersebut... kita dapat manfaatnya... Jangan ditunggu lagi... share la dengan kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara....  memang galakkan sangat beli buku ni.. banyak panduan untuk kita sehari-hari... RM55.00 sebuah...


Friday, November 1, 2013

Dua Ekor Biawak!!!

Assalamualaikum..... haaaa.... lamanya tak update blog ni... tapi hari ni nak bagitau juga....  apa dah jadi.... 

Sedang aku sedang enak lena........
Tetiba!!! Aaarggh..... macam nak kene lagi ni!

Nangis jer la yang mampu...


sakitnya.. kene simpul biawak lagi!!! kali ni dua belah kaki serentak menyerang... belum sempat kaki kiri selesai kene pulas.. dapat pulak kaki kanan.... maaaaaaaaaaaaaak aaiiiiii... saaaaaaaaaaaakiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttnyaa.... sakit sangat-sangat!! 

Baru semalam baca tentang kehamilan bulan ke-7.. memang akan terasa sakit dan kebas, kerap kejang kaki.. tapi tak sangka kene dua belah kaki macam ni...

Memang sakit sangat...