Tuesday, February 4, 2014

Adab Minum Rasulullah S.A.W

from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
03 Muharam 1432H
Oleh : Markisa Razak

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

Katakan TIDAK PADA P1 WIMAX!!!! Boleh Jalanlah!!!!!

Assalamualaikum...

Aku kononnya adalah pengguna setia P1 Wimax yang kononnya masih bertahan sampai sekarang dengan beranggapan positif yang P1 akan upgrade service dia.. Tapi macam hampeh... aku rasa kecewa sangat2 bila baca macam macam penipuan P1 ni.  Dah memang dasar syarikat jalanan kot... Kalau korang tengok banyak kat kaki jalan atau kat mana mana celah ada jer kauter P1 ni.. Ayat manis beb.. katanya tempat aku tinggal sekarang coverage okey... layanan okey... memang baik la cara nak tarik pelanggan.. Cuba ko dah sampai rumah.. hurm... hampeh.. line macam siput.. siput tu lagi laju tau tak... dah lah service mengecewakan... apa pun tak boleh.. kalau bab POTONG BIL bukan main laju... time nak call service centre??? macam keldai!! tak menjawab... lembab sangat sangat...

Siapa ada pasang niat nak langgan P1 ni tak payah la.. buat habis duit jer. aku bayar tiap bulan cantik jer... kadang-kadang memang la ada lambat sikit bayar.. tapi tak pernah la aku dapat internet tu laju macam air terjun... pada hal nak tengok facebook jer.. tapi loading macam hampeh....  nak download movie apatah lagi....... hurm... nasib lah.. sudahlah service menghampakan... banyak pulak pakej dia sibuk duk canang.... tak payah lah wei... okey!!

Dah lah nak terminate dia nak kita bayar RM200... Yang aku bayar tiap bulan RM129 tu service apa dia bagi.. service buta apa??? Nak jer hambur bangunan P1 ni... penipu tak habis habis... bila aku dah baca macam macam penipuan ni, makin meruap ruaplah amarah aku....

Ni antara ketidakpuasan hati pengguna P1 Wimax yang aku dapat Sozcyili.  Sapa pun marah kalau kena tipu.. termasuk lah aku.. tunggu la ko P1!!!!!

KITA JANGAN TERTIPU DENGANNYA LAGI.... 

Bila due date dah makin tiba...

Assalamualaikum...

Dup dap dup dap.... bila tarikh due makin dekat.. lagi dua hari nak 6 Februari... hati aku makin resah, makin gelisah... nak nak bila malam menjelma... memang aku tak lena nak tidur malam... sentiasa resah, risau kot la nak bersalin malam-malam ni. Lagi-lagi ini first baby.  Bila malam perut ni rasa tegang semacam.  Aku tak boleh nak mengiring kiri kanan, nak terlentang lagi la tak boleh, rasa sakit & tak selesa. Walaupun aku banyak baca artikal tak semua ibu melahirkan ikut tarikh due sebenar... tapi nak buat macam mana.. hati dah risau.. semua serba tak kena...

Jadilah aku macam burung hantu.  Malam berjaga siang tidur.  Tapi badan jadi lemau sebab tidur siang.. nak buat macam mana?? Habis jer solat subuh, mulalah aku menguap2.  Haaaa... time tu senang pulak aku nak lelap.  Bersabarlah yer mummy... baby belum ready nak kuar.. tunggu sikit masa jer lagi...

Sekarang ni kerja aku cari info tanda-tanda nak tau kalau-kalau aku dah nak bersalin ker.... Manalah lah tau kan.. lain orang lain ragam, lain rasa, lain cara.  Sepuluh orang ku tanya, sepuluh la jawapannya aku dapat.  Sebenarnya aku takut nak bayangkan macam mana sakit yang makin sakit dan sakit sangat2.... bilalah nak tiba masanya... Ya Allah.. kuatkan aku.. cekalkan la jiwa aku ni... Kadang-kadang rasa nak nangis pun ada sebenarnya dek kerana risau dan takut... tipulah aku kata aku tak risau aku tak takut.... Semua ibu-ibu mengandung pun mesti macam aku...

Yang penting aku sentiasa rasa gerakan baby aku dalam perut ni... Alhamdulillah... semoga semuanya lancar... Insha Allah... Mr. Hubby sepanjang masa call aku & msg... risau takut-takut aku nak terberanak pulak time dia tak ada :)

Ni info aku dapat dari Bayi-ibu.com


8 Tanda- tanda nak bersalin termasuk:

1. Engages

  • Engages merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi. Anda mungkin perasaan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah di dalam abdomen anda. Untuk ibu kali pertama, bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum EDD anda. Untuk ibu kali kedua dan keatas, mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula. Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang. Anda mungkin berasa “kosong” di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.

2. Kerap membuang air kencing

  • Perut anda yang semakin membesar, berat dan kepala bayi terletak di bawah tengah tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda. Oleh itu, anda kerap membuang air kencing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satutanda nak bersalin yang sering berlaku.

3. Sakit belakang bahagian bawah

  • Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah, anda rasa sakit di belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.

4. Kontraksi Braxton-Hicks

  • Anda mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi kedudukan atau mula berjalan.

 5. Cirit-birit

  • Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.

6.  Keputihan

  • Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.

7. Lendir pekat dan pendarahan (bloody show)

  • Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.

8. Air ketuban pecah

  • Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah. Kebanyakan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mungkin