Thursday, May 22, 2014

Kisah Perangkap Tikus

Assalamualaikum,

Kisah Ini Buat Renungan Kita Semua !!

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.  Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”  Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, ” Ada perangkap tikus !” Sang Ayam berkata, ” 

Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”  Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.  Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. ”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata ” Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”  Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.  Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.  Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.  Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.

Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.  Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.  Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.  Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.


MORAL DI SEBALIK KISAH INI :
SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA… FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Thanks Kak Anis Coklat Moist!!!!

Assalamualaikum....



Haaa.... Ini kes malam tadi la ni... aku buat eksperimen resepi topping coklat dari Kak Anis.  Kot la tak menjadi, takut jer kan..  Almaklumlah.. lain tangan lain rasanya dan lain pula jadinya.. Tapiiiii, Malam tadi aku senyum lebar memanjang... Hati pun berbunga-bunga, sangat-sangat gembira rasanya.  Resepi coklat dari Kak Anis Coklat Moist aku cuba menjadi...  Alhamdulillah .....  Memang sedap... sehingga menjilat senduk...hehehe..  (before cuci senduk, habiskan saki baki yang ada kat senduk tu okey... calit calit calit.... sayang la nak buang) hehehehe... TERBAIK!!! Thanks sebab kongsikan resepi ni!!


Topping Coklat

Bahan2:
1 cawan minyak masak (panaskan)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan koko.

Cara:
Kacau semua bahan sebati. kalau pekat sangat boleh kurangkan serbuk koko.

(p/s: eka guna mug.. tak guna cawan)

Apa Kata Kak Anis 

resepi anis choc moist

Monday, May 19, 2014

Beranak Memang Sakit!!!!

Assalamualaikum,,,

Dah 3 bulan berlalu... tapi trauma & rasa masih seperti di dalam labour room lagi... punyer lah terkesan orang melahirkan ni.... Alhamdulillah kami sekarang dah jadi mummy & ayah.. hehehe ingatkan daddy la tadi... Muhammad Danish bin Abdul Halim (3.4kg) itu lah hero kami... sweet sangat-sangat... 

Ternyata melahirkan itu bukan perkara yang mudah... Alhamdulillah aku dapat melepasinya dengan selamat walaupun setelah 3 hari lebih menahan sakit..... Memang ini satu dugaan... ternyata aku ni memang cengeng.. tak tahan sakit... hanya mampu menangis dan tahankan jer sakit tu... Waktu ni lah aku ingat mak aku... 4x melahirkan. WOW!! Mak aku memang hebat... belum lagi orang lain yang ada anak nak dekat berbelas...

08 Februari 2014
Esok tarikh due aku, bagi memudahkan proses bersalin, makanya pagi-pagi kami dan sepupuku dah berjalan ke Giant dan seterusnya Tesco... Aku nak banyakkan berjalan.. dia orang pesan, banyakkan berjalan supaya senang bersalin...  Hati aku ni berdebar-debar menanti... kepala ni sentiasa fikir macam mana sakitnya nak bersalin tu.... Nurse cakap sakit tu macam senggugut, sakit yang makin sakit dah makin sakit yang sangat2 dan tak ada henti... boleh ker aku lalui? sedangkan senggugut yang biasa aku kena tu pun, aku dah tak tahan.... waktu ini aku dh sakit nak berjalan... macam terkena renjatan elektrik.

Perasaan bercampur baur, takut, resah, gelisah, macam-macam muncul kat kepala ni.  Al maklumlah time ni jer nak berjalan dah rasa sakit. Hari makin senja... Aku dah datang tanda.  Mak cakap kalau sakit masih belum kerap sangat jangan pergi hospital dulu, sebab nanti kena balik.  Ya Allah... aku mohon supaya dikuatkan semangat ni... Tidur malam yang tidak lena disebabkan sakit yang datang dan pergi....

09 Februari 2014
Subuh yang lemau, tapi aku gagahkan juga... selalu aku boleh solat duduk kat lantai... tapi waktu ni aku dah tak mampu lagi, maka duduklah solat di kerusi.. sedikit2 nikmat sihat tu di ambil... Thanks Mr Hubby, dia banyak tenangkan aku.  "Allah tu tengah menguji.. sabar yer sayang... banyakkan zikir"   

Lepas zohor kami gerak ke Hospital Putrajaya from Klang... tapi belum lagi kuar kawasan, mak call, kami patah balik coz aku dah sebak sbb nak gerak pi hospital tak tengok mak lagi.. Thanks kat mak sebab caring, walaupun dia sibuk tapi dia berusaha balik cepat & masakkan utk aku. Selera makan makin kurang sebab menahan sakit... Mak suruh makan juga bagi tenaga... tapi memang tak lalu dah... Selesai makan kami terus gerak.

Sampai hospital dah 3 petang lebih... letih rasanya sebab menahan sakit.. tapi bukaan rahim baru 1 cm. aku sangka aku dah nak bersalin sangat dah ni.. Doktor suruh balik rumah jer sebab hospital penuh... Memang rasa nak menangis sangat2.... nak beranak pun susah.... Mak dah follow aku, tapi belum sampai.  aku amik keputusan stay kat kuarters dulu... Tahan sakit + menangis... kesian mak aku terkejar-kejar.. sebelum maghrib kami balik klang coz macam lama lagi jer nak bersalin...

Lepas isyak.. aku dah tak tahan dah.. perut aku makin kerap mengeras.. jarak makin dekat... mak suruh pergi jer hospital terus... pukul 10 malam lebih jugak la kami sampai... mata dah mengantuk.. tapi tak boleh sebab sakit sangat... hampa sebab bukaan masih 1 cm.. Doktor nak transfer aku ke hospital lain coz hospital putrajaya dah penuh.. Pilihan samaada HKL ataupun Hospital Kajang...

10 Februari 2014
??? wujud ker hospital kajang?? tak pernah dengar pun... sebab nak dekat punya pasal... Kajang pun Kajang lah.. Pukul 2 pagi baru AMBULANCE sampai... Sabar jer la... Punya la laju macam naik kuda... sudahlah aku sakit.. bertambahlah sakit sebab bergoncang dalam AMBULANCE ni.  My Mr. Hubby pun tak terkejar... 

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya Hospital Kajang... Memang tak sama macam Hospital Putrajaya... Bangunannya lama... kaunter pun usang... aku dah resah jer.. betul ke tidak ni...??? Habis daftar & tukar baju, nurse hantar ke wad.. tapi sebelum tu aku kuar jumpa My Hubby dulu... kalau boleh nak dia kat sebelah aku jer.. 

Mata mengantuk + sakit.. aku menanti kot la dah nak dekat bersalin... sampai wad... dah macam dorm rasanya... kipas tak terasa lagi sejuknya... bahang.. aku bermandi peluh.. kenapa la kipas ni slow giler... rasa nak menangis... basah baju aku... rasa nak balik jer... aku menghitung waktu... bila nak subuh?? pagi ni cek bukaan masih 2cm.. tengah hari masih sama... 

Waktu melawat tiba... aku tak tahu sebenarnya.. apa pasal ramai laki masuk wad ni.. katanya laki tak boleh masuk... apa lagi.. aku call la my Hubby suruh datang juga.. time ni kerja aku nak menangis jer.. makan tak lalu dek kerana sakitnya di + dengan bahangnya kat wad ni.. nama jer duduk bawah aircond.. tapi tak berfungsi... Mr. Hubby ingatkan aku supaya banyakkan doa + zikir... Petang aku dipindahkan bilik sebelah sama dengan jiran depan katil aku.. dia dah siap bawa kipas meja... panas sangat2 kot... 

Aku dah tak larat nak melangkah... jiran-jiran aku suruh aku banyak jalan.. tapi aku memang dah tak boleh.. menapak pun sakit.. Petang ni rasa selesa sikit kat bilik sebelah.. sbb bilik tu ada 3 katil jer.. kipas pun ok... Mr. Hubby sampai dan aku nangis lagi... cengeng betul la time ni.. sakit la pulak.... memang dah tak lalu makan... Hubby aku tolong makankan utk aku & waktu melawat pun dah tamat...

Lagi sekali di suruh pindah bilik... aku dah tak boleh jalan, melangkah punsakit... tapi jiran aku tadi masih boleh jalan... aku naik ler kerusi roda tu, mengangkut barang2... kali ni aku ke wad kelas 1, sebilik 4 orang.. nyaman jer.. sebab aircond dia berfungsi... tapi aku dah tak kisah pun semua tu, sakit kot... tetiba teringat kat wad yang aku rasa macam kat dorm tadi, kesian dia orang kan.  

Disebabkan lambat bukaan rahim dah sakit aku makin menjadi2... nurse tolong aku buka jalan... then dia suruh aku ready utk ke labour room... suami tak boleh masuk sekali.. sebab bilik tu terlalu kecil.. muat utk aku nurse & doktor. My Hubby sentiasa tunggu kat luar wad. Kesian dia tunggu lama, terkejar2...

11 malam.... Dalam labour room ni memang mencabar sebab kita akan dengar orang mengeran, menjerit, menangis... Demi menyimpan tenaga utk bersalin nanti, aku kawal diri dari menjerit @ menangis.  Ingat pesan semua pada aku, zikir + doa... Alhamdulillah nurse pun tak putus-putus ingatkan aku.. Air ketuban dah dipecahkan... Dr. bagi aku 8 jam menunggu... Alhamdulillah.. akhirnya 9.45 pagi aku selamat melahirkan...

Lain orang lain pengalamannya... Alhamdulillah kami selamat.... beranak tu memang sakit... Tahniah kepada ibu-ibu sekalian....



Back to Work!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... akhirnya aku akur bahawasanya aku dah kene masuk pejabat... Dah 3 bulan aku tak mengadap komputer dan kekok rasanya bila menaip.. senang cerita hilang skill menaip aku... hilang segala skill kerja kt ofice... al maklumlah 3 bulan duk rumah mengadap si kecil... hari pertama kerja aku dah lupa-lupa... boleh aku tanya... Eh siapa dia ni eh..?? cm kenal... Oopss... pegawai kat ofice aku la.. adooiii... kenapa la aku ni.. banyak sangat urat putus... termanggu-manggu aku... terkedu, terkaku.... 

Alhamdulillah hari pertama aku masuk kerja, bos tak ada... kiranya dapatlah aku refresh sikit-sikit apa tugas2 aku..  tetapi..... internet pulak buat hal... boleh pulak la internet on off.... aku dah ler nak baca balik emel2 lama..... kot la ada benda penting.....

Tak sabar la nak balik, nak ambil si kecil.  Bila dah kat ofice ni.. hurmm... sabarlah wahai hati..... sabarlah wahai mummy....  Kesian my son jauh dari mummy dia... ikutkan hati nak jer cuti lagi.. hehehe....