Friday, October 31, 2014

Resepi Cornflake Madu

Assalamualaikum,  tetiba kan gedik nak post gambar conflek madu ni.  Ini antara kesukaan aku. Cornflake madu ni aku happy sangat nak buat sebab tak berapa leceh.  Pada akulah.. orang lain tak tau...

Resepi:

200g conflakes
100g mentega
6 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang/biasa
sedikit sweet cherry/colourfull pearl (untuk nampak cantik)

Cara membuat: 
  1. Cairkan mentega + madu + gula perang  sampai larut gula.  Tapi jangan sampai hangit.  Padamkan api.
  2. Masukkan conflakes & cherry. Gaul sebati.
  3. Masukkan dalam paper cup sehingga selesai.
  4. Bakar 10 minit suhu 150C.  Siap bakar, tunggu sejuk.  Boleh simpan dalam bekas @ terus Ngap! 


Okey, siap untuk dibakar.

Dah bakar, Bagi sejuk dulu...



Masukkan dalam bekas @ boleh terus Ngup! hehehe...

Lagi Tentang Khasiat Susu Kambing! Part 2

Assalamualaikum.  Semalam aku ada terbaca isu susu kambing tak sesuai untuk baby.  Ramai jugaklah yang comment rasa tak puas hati becoz nyer dia buat perbandingan kajian yang dibuat oleh orang Barat.  Boleh baca di sini.

Becoz aku bagi anak aku minum susu kambing, cara2nya adalah..... Susu kambing tak boleh diberi begitu shj. pada bayi sebabnya kandungan garam dalam susu kambing agak tinggi.  Jadinya kita perlu campur dengan air 1:1.  Contohnya 1oz susu kambing dan ditambah air suam 1oz.  Alhamdulillah anak aku suka jer minum susu kambing...  Thanks pada Cik Ain Arjuna my sifu.


PERINGATAN!
1oz susu kambing : 1oz air suam


Thursday, October 30, 2014

Kambing Panggang / Kambing BBQ

Assalamualaikum.... Tetiba pagi ni teringat + teringin nak makan kambing. nyum nyum nyum..... maknanya this week haruslah aku turun Pasar Borong Klang nak beli daging kambing.

Alkisahnya last week balik rumah my MIL, adik ipar teringin sangat nak makan kambing.  Jadinya masa nak keluar cari pampers Danish dia minta belikan.  Lepas balik dari Pasaraya Fresco, try cari kat The Store... Hampa, tak ada daging kambing.... Apa lagi, terburu-buru kita orang kejar Giant Hypermarket. Alhamdulillah. Dapat pun.. Nak memanggang dah lewat pulak. kalau perap sekarang tak serap rempah pada daging.  


Sumber
Inilah rupa daging tu (Lamb Shoulder) RM27.99/kg

Bingung sebab tak dapat cari Knor BBQ.  Nak perap guna apa ni?? Brown Sos pulak tak ada jual kat Giant Hypermarket tu... Memang buat hal..


 

Tetiba teringat MR. GOOGLE... Semuakan dihujung jari.... taip jer apa nak??? akhirnya dapatlah resepi yang MUDAH + SEDAP ni.  Memang TERBAIKLAH! tak sangka semudah ini... kalaulah dari dulu tau... 

RESEPI

1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2    sudu besar madu
2    sudu besar halia parut halus
1    ulas bawang putih dicincang halus

Cara Membuatnya:
Campur kesemua bahan dan gunakan untuk perapan daging..

Perap tu sebolehnya lama sikit.  Baru Aauuummmmm...... 4 jam pun dah okey.. Nak pelbagai resepi BBQ boleh ler di sini

Mana gambar bukti kambing bakar kau???  Oppss sory.. tak sempat snap pic dah habis... Thanks la pada Chef Mr. Hubby... dia tukang panggang kami tukang makan. Hehehe

Okey! Gud Luck.. Selamat Mencuba.. Memang sedap tau! Tak tipu!


Mak Sentap Okey!

Rasa sentap + sedih aku masih tebal kat kalbu ni...ceeh... kalbu la sangat kan...  dan hari ni hari ke 4 aku kat tempat baru.  Rasa asing sangat2...... Aku macam masih tak boleh nak terima apa dia dah buat kat aku... buatkan rasa respect aku kat dia hilang.  Ada aku kesah kau bos besar or whatever lah.. aku ingat kau ni hebatlah sangat.  tapi rupanya tidak.

Everything nak ikut peraturan... buku sangat kan... itu aku tak kisah pun, sebab kau pun pegawai zaman dahulu kala.. IT memang la kelaut..  Tapi apa dia buat dekat aku itu memang tak patut. Juz becoz kau bos, kau boleh buat sesuka hati kau ker? Mana peraturan yang kau ikut sangat selama ni En. Bos ?????? Sangat tak profesional.  Dah kau buang aku, then kau buat macam kau tak besalah.. macam tak ada perkara yang berlaku... Kau umpama baling batu sorok tangan sendiri... (eh betul ke peribahasa ni)??

Alhamdulillah Mr. Hubby selalu +ve kan aku.  & semua orang pun cakap "kalau saya jadi eka, saya happy sangat2...". U know Y?? Becoz dia orang pun dah bosan dengan dia...  Cara tak baik la Bos... Lu tak suka cakap la terus terang kalau tak boleh nak guna budi bicara sekalipun... Cara tak betul Bro.. Kau jatuhkan air muka aku dekat ramai orang. Ni kau cakap belakang jer berani.  Memang aku ada buat salah. Tapi kau tak menunjukkan kau ni bos yang bagus.  Aku tak pernah jumpa Bos pelik macam kau.  Cakap, kita tak faham dia, tapi dia tak faham kami!! (Kami??? aku wakilkan utk kami satu pejabat juga) Gud Luck la PA baru yang super xcited tu.. (mcm jahat jer aku ni kan) All the best lah !!!

Thanks la Mr. Hubby sebab memahami sangat2... & Thanks juga kat kawan2 sebab faham aku.. Thanks Ummi & Kak S. Balqis.

Wednesday, October 15, 2014

Batuk oh Batuk

Alhamdulillah, batuk aku dah makin kurang dan senang cakap dah hampir reda.  Dekat sebulan lebih jugak la aku batuk dan ini adalah batuk paling teruk aku pernah rasa.  Aku tak pernah batuk sampai aku rasa give up & menangis.  Sebab aku rasa aku dah tak sanggup nak hadapi, aku rasa badan ni rasa penat sangat2 sampai dah tak larat.  

Aku tak pernah batuk sampailah peranakan aku turun.  Bila peranakan dah turun, maka bila masuk petang jer aku akan demam mengigil.  Macam demam urat dan kita akan rasa seluruh badan terutama dari pinggang ke kaki sakitnya macam orang nak bersalin.  Lenguh dan sengal kuasa 3.  Menangis?? sudah tentu.  Akukan cengeng.

Aku tak pernah batuk sampai rasa nak termuntah dan yang paling aku tak pernah rasa selama ni, batuk sampaikan kepala aku ni sakit yang amat sangat.  sakit kepala sampai rasa macam mata ni ditekan tekan, tulang pipi rasa sakit.. sampaikan aku nak batuk aku takut.  Bila aku nak batuk aku akan tekan kepala ni untuk kurangkan kesakitan.  Alhamdulillah aku ada Mr. Hubby yang selalu positifkan aku dan suruh aku sabar.

Dan disebabkan oleh batuk yang tiada henti ni, aku selalu jer demam panas, demam aku pulak disebabkan peranakan turun. maka aku dapatlah MC dari Doc.  dan disebabkan batuk terlalu lama aku kene la jalani ujian sample kahak & tibi.  ditambah dengan X-ray & ujian urine.  Penatnya memang tak terkata.

Alhamdulillah, semua ujian yang aku jalani negative belaka.  Doc. cakap, kita sakit tekak bukan disebabkan oleh batuk, tapi tekaklah punca kita dapat batuk.  Doc.  cakap, minum air yang banyak sekurang kurangnya 3 liter.  Then dia suruh aku cari ubat kumuh namanya Thymol.  Boleh beli kat farmasi mesti ada.

Yang tak boleh belah, dia cakap buang masa u wat ujian ni semua.  Sebab dia cakap dia dah agak mesti batuk ni sebab keradangan tekak.  Dia cek tekak aku sangat merah... Dah Doc. sendiri yang suruh saya wat ujian tu kan.. dah awak tu Doc. maka saya pun ikutlah apa yang awak sarankan...  Apa punya Doc. laaa... 

Thanks la Mr. Hubby ku sayang... dia la paksa aku minum pati delima gulsan tu.. siap tolong bancuhkan untuk aku sebab tak mau aku skip minum pati delima... Alhamdulillah... sekarang tak adalah aku memekak dalam ofice sebab batuk tak berhenti... hehehehe... Thanks sayang...!!