Tuesday, November 11, 2014

Maaf.. Tapi tak mungkin macam dulu

Assalamualaikum,  aku ada terbaca status seorang hamba allah ni.  Aku setuju apa yang dia katakan.   Kemaafan itu tidaklah bererti kita akan berbaik seperti dahulunya.. Apa yang terjadi sebelum ini dijadikan sebagai pengalaman dan pengajaran untuk kita lebih berhati-hati supaya tak ada penyesalan yang berulang... 

Tapi ada Hamba Allah ni yang tak reti bahasa... sibuk dok ngendeng2... (bahasa apakah??) sibuk duk nak rapat-rapatlah kononnya... mungkin dia rasa dia terbaik.... apa-apa jer lah... yang penting aku bahagia dengan kehidupan sekarang... pikir yang baik-baik sahaja...

Allah Kurniakan Kita Perasaan Yang Pelbagai

Allah kurniakan kita dengan pelbagai perasaan.  Ada perasaan gembira, sedih, gundah, resah, rasa meluat, bosan.. macam2 lagilah... dan cara pembawaan perasaan bagi setiap orang adalah berbeza.  Ada orang punya hati tapi berhati batu, tidak kisahkan perasaan orang lain.  tak mau ada perasaan apa2...  Senang cerita ditutup rapat hatinya.  Ada orang terlebih beremosi, bila ada sesuatu dia rasa berlebih lebih perasaannya tu..  Kalau dah kesian yang terlalu, sedih yang terlalu, suka yang terlalu... dan lagi satu perasaan iri hati (yang paling aku tak suka)

Jadinya kita tak boleh nak cakap orang tu itu dan ini sebab kita bukan dia.  dan orang lain pulak jangan suka2 nak samakan kita dengan orang lain sebab kita tak akan sama dengan orang lain (boleh faham ka???)  Setiap manusia Allah cipta berbeza beza.  masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Cerita 1: aku ada anak kecil dan si polan anak dah besar.   Satu hari tu aku cakap la aku ni selalu amik Cuti Kecemasan bcoz anak tak sihat.. dan si polan ni boleh cakap. Kenapa tak guna cuti rehat, cuti rehat kan ada??  Hello... nama pun cuti mengejut.  mestilah amik cuti kecemasan.  kalau aku tau bila anak aku nak sakit aku dah apply cuti awal lagi.  Dan dah tentu cuti rehat aku automatik ditolak. tu contoh orang tak ada perasaan.  Pada aku la... ko ni tak pernah amik EL ker?

Cerita 2 :  aku selalu lewat ke pejabat al maklumlah baru jadi mommy dan segalanya benda baru bagi aku.  Nama pun baru anak pertama, risau, resah, sedih, tu semua berganda-ganda aku rasa.  mungkin aku ni beremosi sangat kot.. Aku tak sampai hati nak tinggal anak aku bila dia dah mula menangis... anak aku menyusu badan.  dah semestinya la aku nak susukan dia dulu, dan semestinya aku tak sampai hati dan sayu nak tinggalkan dia kalau dia dah menangis... Ada Sis ni cakap, kalau aku, aku tinggalkan jer.  Tapi masalahnya jiwa kami tak sama.  Aku tetap tak sampai hati.. pada aku biar aku lewat. 

bila aku dah mula melalut.. heheheh.. senang cerita kita semua ada perasaan yang berbeza, jiwa yang berbeza.. kalau semua orang sama... tak ada la rentak iramanya... (lagi sekali aku melalut...)

K bye... Assalamualaikum


Monday, November 10, 2014

Mood Kerja Ke Laut!!

Assalamualaikum.. Mulai saat aku dipindahkan dari bahagian lain ke bahagian yang baru ni... aku dah mula malas dan mood yang amat2 ke laut untuk bekerja.  Keseronokan bekerja aku dah hilang.  Bosan untuk terus menanti... menanti mesih perakam waktu bernyanyi tanda waktu kerja ku telah tamat... Tik tok tik tok.... 5.30 petang masa lama lagi... hurm... sabarlah wahai hati... moga ada hikmah disebalik kejadian...