Tuesday, October 13, 2015

Cuka Epal / Apple Vinager

Pernah dengar apple cider vinegar (ACV) atau cuka epal?
Terdapat berbagai brand di pasaran, antaranya S&W, Heinz dan BRAGG.
So ia bukanlah sesuatu benda yang pelik.
Tapi tahu tak apakah ACV itu dan kegunaannya?

ACV ialah sejenis cuka dari sider epal yang diperolehi melalui proses penapaian.
Ia mengandungi bahan yang dipanggil asid asetik, asid laktik, sitrik dan malic.
Terdapat banyak kebaikan dan khasiat di dalam penggunaan ACV ini.

Kebaikan untuk Kesihatan Dalaman

Campurkan 2 sudu besar ACV dan 2 sudu besar madu/honey.
Kacau bersama 1 cawan air.
Minum 1 atau 2 kali sehari.
Amalan ini boleh membantu:

  1. mengurangkan simptom selsema, sakit tekak dan sakit perut
  2. menghancurkan/melarutkan batu karang
  3. membersihkan toksin dalam darah yang menjadi punca penyakit darah tinggi, kolestrol tinggi dan jantung. Bila darah bersih, metabolisme tubuh akan kembali normal serta mambantu memulihkan penyakit.
  4. mengimbangi Ph badan/mulut dimana ini dapat membunuh bakteria penyebab bau busuk seperti mulut dan kaki (busuk hati tidak termasuk dalam rawatan ini LoL)
  5. mengatasi nausea iaitu keresahan perut seperti rasa loya/muntah disebabkan morning sickness, mabuk laut, keracunan makanan, bulimia dan lain-lain
  6. melegakan heart burnt or chronic reflux iaitu rasa seperti terbakar atau tidak selesa di bahagian dada dan ulu hati
  7. melegakan penyakit asthma atau lelah
  8. mengatasi masalah allergi
  9. melegakan penyakiy gout
  10. mengatasi diabetes atau kencing manis di mana ACV mengurangkan kadar gula dalam darah
  11. mendapatkan badan yang ideal, menurunkan berat badan kerana kandungan lechitin dalam ACV meningkatkan metabolisme lemak dan menukarnya kepada tenaga
  12. melegakan migrain dan sakit kepala
  13. menyembuhkan jangkitan sinus
  14. menstabilkan tekanan darah
  15. menurunkan paras kolestrol
  16. membunuh sel kanser atau melambatkan pertumbuhan sel
  17. melegakan masalah arthritis dan sakit yang melibatkan sendi dan sengal badan
  18. melegakan masalah senggugut
  19. mengurangkan ulser
  20. menghapuskan ruam lampin
Kebaikan untuk Kesihatan Luaran

Campurkan 50% ACV dan 50% air.
Gunakan secara merendam atau dispray di tempat yang berpatutan.
Boleh juga digunakan bersama facial cotton atau kapas.
Antara masalah luaran yang boleh dimanfaatkan:
  1. menghapuskan 'buildup on scalp' seperti kekotoran dan minyak kulit kepala juga kelemumur
  2. mendandan semula rambut kusut
  3. melenyapkan kulat (fungus) kuku kaki dan tangan
  4. sangat berkesan untuk menghapuskan kulat, bakteria dan ruam virus
  5. menyamankan gigitan/sengatan serangga
  6. menghapuskan ketuat (warts) pada kaki dan tangan. Caranya ialah letakkan ACV pada cotton ball dan balutkan tempat yang ada ketuat, biarkan 1 malam. Buat selama seminggu.
  7. seimbangkan pH vagina dan hapuskan jangkitan kulat dengan cara mencampurkan 1 sudu teh ACV dan 2 cawan air dan alirkan di kawasan vagina
  8. mengurangkan dan menghalang pertumbuhan jerawat
Selain daripada membantu menyelesaikan masalah kesihatan, ACV boleh digunakan sebagai pengganti cuka biasa. Boleh juga digunakan sebagai salad gressing.

Selamat mencuba.

Sepetang di Pantai Remis Jeram

Assalamualaikum,

Gambar ni dah lama sebenarnya.... dek kerana teringin sangat nak tengok rupa pantai remis sekarang macam mana, maka aku pun pergilah bersama Mr. Hubby & Danish.... dulu pernah pergi lepas balik daripada convo kalau tak silaplah... 6 tahun yang lalu....entah macam mana la kita orang boleh singgah situ balik convo... hurm... Pantai remis masih sama macam dulu, cuma ada pertambahan fasiliti dan makin ramai peniaga....  Kalau pergi waktu cuti, memang susah dapat parking dek kerana terlalu ramai orang.  Apa yang buat orang ramai suka datang sini???  Nak bawak family berjalan bagi rehat minda ler, main layang-layang... Waktu ni la dia orang nak bersama dengan anak-anak, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan... kalau tak, kerja kerja kerja.....

Selesai SKM Tahap 2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. akhirnya selesai juga sesi pembelajaran aku di Asean Culinary Academy @ Setia Alam.  Tapi baru tahap 2 laa... Insha Allah kalau ada rezeki dan peluang akan ku sambung ke tahap yang seterusnya...  Daripada fotografi ke juru solek dan sekarang ke bidang pastry pulak.. tapi tak apa, itukan ilmu. sekurang2nya aku ada sedikit sebanyak pengetahuan tambahan. Nak kata tamak ilmu pun boleh.. hahahaa..

Thanks kat adik-adik Pastry Feb 2015.. sebab boleh ngam dengan student tak berapa nak muda ni.. hehehe... walaupun masih budak-budak tapi boleh berkawan dengan aku dan alhamdulillah kami saling bantu membantu..  Thanks juga pada pegawai penilai kami En. Faizul, Tak lupa juga En. Izzudin, Puan Yana, Puan Ika dan ramai lagi la.. Banyak ilmu bermanfaat.. dan yang penting dia orang tak kedekut ilmu... Alamak macam bagi ucapan anugerah pulak la kan...

Asean Culinary Academy memang best!! Kalau nak tau lagi pasal Akademi ni boleh la contact kita erk.. Bagi Sijil Kemahiran Malaysia Pembuatan Pastry ni tempoh pengajian cuma 1 tahun 6 bulan jer.. tu dah termasuk Praktikal..  INGAT... Jangan pandang rendah dengan kebolehan pelajar2 SKM walaupun hanya sijil tapi kemiharan Insha Allah tip top.. yang penting keazaman tu kene tip top juga ler..




Thursday, January 29, 2015

Tempat Kami

Assalamualaikum,

Pernah tak terfikir tentang nasib hidupan yang ada dekat hutan atau kawasan berdekatan kita?  Pernah tak tengok kejadian tapir mati kene langgar, kucing, monyet, anjing, ular dan macam2 lagi... Tapi yang paling banyak aku tengok sekarang ialah monyet...  Kadang2 kita tak boleh nak salahkan monyet tu sebab pecah masuk rumah, buat sepah, kacau kawasan penempatan kita...




Binatang ni tak akan kacau kita kalau kita sendiri @ MANUSIA itu sendiri tak kacau tempat mereka.  Kau pergi tebang hutan, kau tarah semua bagai, mana yang dikatakan hutan simpan hanya tinggal nama jer...  Kalau dah habitat mereka kena rembat.. Mana lagi nak pergi???

Si Pemusnah Alam ni, cuba pakai otak sikit.  Kalaulah rumah kau orang rosakkan, musnahkan.... marah ke tidak??? Untung jer lah binatang2 ni tak boleh bersuara... kalau tidak.. dah lama kene dah kau orang ni... Aku cukup benci MANUSIA2 PEROSAK NI... aku dah selalu sangat nampak binatang2 ni mati kat tengah jalan... cuba la fikir sikit... Aku tau kononnya kau nak buat pembangunan.. tapi berpada2...

Dah kau ambil tempat mereka, ada hati pulak kau nak naik angin... Apa kau buat???  Dengan akal yang ada tetapi diletakkan di kepala lutut.. Maka dengan senang hati kau ambil keputusan bunuh jer binatang2 ni.. Mudah jer kau acukan senapang.. Jangan jadi manusia BODOH... Makhluk ini juga ada hak di atas muka bumi ni.. Jadi jangan ambil hak mereka... Jawablah Kau nanti kat sana!!!!!


Keropok Simpang Jalan

Assalamualaikum,

Pernah tak masa berhenti di lampu isyarat ada orang datang minta duit (sedekah) cakap makan.. makan... berbahasa melayu pun tak fasih.. Yang lebih menyedihkan orang tu dah sama layak usianya dengan ibu bapa kita @ mungkin atok nenek kita...  Pasti ni sindikit... Bilalah manusia macam ni nak sedar...

Dan terbaru, satu petang aku memandu dalam keadaan gerimis.. tetiba terkejut dari mana munculnya seorang hamba Allah.. Bila lampu isyarat merah, dia pun berjalan jual keropok ikan... tapi tak ada yang beli.. Lampu isyarat pun hijau... dia pun berlalu... menanti lampu isyarat merah semula...  Ya Allah.. sayunya aku... yang ni aku respect pada dia orang sebab dia orang tak meminta2.. dia orang jual barang..



Tapi yang buatkan aku sedih sebab dia orang ni dah berusia... Tak sepatutnya ada di simpang jalan macam ni.. waktu hampir senja...  Memang dia orang mencari rezeki yang halal. Tapi aku tak sampai hati... Bila hujan mereka berteduh dekat bawah jambatan... Jadi tanda tanya.. Mana anak2 mereka? @ mereka sebatang kara, tak punya siapa2... Hanya Allah yang lebih tahu... Moga Allah murahkan rezeki mereka ini.. Dalam kehidupan ni tak semua orang senang. Dan orang yang hidup senang jangan lupa pandang orang yang berada di bawah...




Tandas oh tandas

Assalamualaikum,

Pernah tak kita ke tandas awam dan rasa bengang semacam... terutama bila masuk tandas duduk... ni nak cerita tandas yang diberi kemudahan tisu.  Yang tak ada tu no choice la okey... Okey, memang la kita rasa geli nak duduk kat tandas duduk tu... macam mana tak geli.. yang u alls pergi pijak atas tempat duduk mangkuk tandas tu dah kenapa?? Jangan nak cari pasal kalau tak ada pasal okey... tak memasal pecah mangkuk tu.. tak memasal jugaklah koyak punggung tu.... ada alternatif lain kan... kalau ada tisu... lapik tisu tu kat tempat duduk tu... then .... faham2 sendirilah yer...



Andai katalah... tempat duduk ni basah... Ambillah tisu... lapkan dia... kemudian......


Kemudian... Letak tisu tu macam dalam gambar ni...

Lagi satu, tolong la sangat2.. nama pun tandas awam, untuk kegunaan bersama sama.. jagalah kebersihan.. jangan jadi pengotor okey! Kan ianya menggelikan... Noktah...

Monday, January 12, 2015

Aku Dah Bosan

Assalamualaikum,

Hari ni bermulalah rutin harian seperti sebelum bermulanya cuti sekolah.. maka bermulalah kebosanan-kebosanan sewaktu di jalan raya dikala sedang memandu... 5X aku bosan sebab apa?  Hari-hari 5 tempat yang pasti sesak bila dah masuknya hari persekolahan...

Dari keluar rumah tak sampai 1 km kenderaan dah mula slow... sebab apa?? Semua orang nak hantar anak ke sekolah... di situlah terletaknya Sekolah Kebangsaan Meru 2.

Maka aku pun teruskanlah perjalanan.. Untuk mendapatkan perjalanan yang lebih lancar, maka aku perlu lalu jalan pintas (kawasan kilang meru) Memang padat... sebab apa?? waktu ni pertukaran sif, pekerja kilang balik kerja.. Jalan tu tak payah  cakap ler, dia buat macam jalan tu dia saja yang nak guna.. jalan bersaing2.. Lenggang kangkung lemah gemalai.. dia tak tau ker orang nak pi kerja??

Belum sempat tempoh bertenang.. Jumpa pulak ler Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.. Ni ok lagi la daripada menghadap pekerja kilang tukar sif.. Memang ramai... Masuk Jalan Setia Alam sebelum tol.. menghadap la kebosanan yang amat sangat... lagi sekali di duga dengan kenderaan yang perlahan sangat2 @ Tenby International School... Sabor jer la erk...

Last sekali.. Putrajaya.. Oh tidak.. Jem jem jem... sampai dah bosan menghadap jem... kereta manual ni penat.. dan akhir.. terkadang2 aku stress nak ke tempat kerja... Sabar jer la erk....