Zat besi merupakan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh. Fungsinya adalah untuk mengikat dan membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
Meski kelihatan remeh, namun peranan zat besi ini sangat penting bagi tubuh kita. Pengedaran oksigen, kekebalan tubuh dan pembentukan sel darah merah sangat disokong oleh mineral ini. Kekurangan zat besi boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh, anemia, dan membuat tubuh lemah.
Berikut merupakan makanan sumber zat besi terbaik yang bagus dimakan untuk memenuhi keperluan zat besi tubuh kita.
![]() |
| Ikan Baronang |
Daging lembu - mudah diolah. Dalam 100 gram daging lembu segar mengandung 201 kkal energi, 14 gram lemak, dan 2,8 mg zat besi.
Ikan - Salah satu makanan laut ini dipercaya kaya akan omega-3 dan 6. Ikan baronang diketahui mengandung zat besi sebanyak 3,8 mg per 100 gram. Selian itu ikan sarden juga mengandung 2,5 mg zat besi per 100 gram. Ikan salmon merupakan sumber utama protein dan asam lemak omega 3.
B. Sumber Zat Besi dari Sayur-sayuran
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, caisin, dan pokcoy merupakan salah satu jenis sayuran hijau yang mudah didapati. Daun pada sayuran hijau kaya akan zat besi. Dalam 100 gram bayam hijau mengandungi 3.5 mg zat besi, 16 kkal tenaga. Sedangkan 100 gram caisin mengandung 1.9 mg zat besi dan 20 kkal tenaga.
Kentang - Kulit Kentang, mungkin sebahagian besar kita tidak memakan kulit dari kentang dan mengupasnya untuk dibuang. Ternyata kajian mendapati bahawa kulit kentang mempunyai zat besi lima kali lebih besar dibanding daging kentangnya sendiri. Jadi sekarang cuba yah makan kentang dengan kulitnya.
![]() |
| Chard |
Jagung - kaya akan zat besi dan tembaga. Jagung juga menjadi sumber yang baik untuk vitamin A dan C.
Kangkung - adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin A dan vitamin B serta C. Kangkung mengandung jumlah tinggi zat besi, kalsium, dan kalium.
Chard - merupakan sayuran yang mengandung vitamin A dan zat besi.
C. Sumber Zat Besi dari Buah-buahan
Buah Aprikot - Buah ini mengandung zat besi yang sempurna untuk memastikan tubuh mendapatkan pengambilan zat besi.
Buah oren - membantu memerangi penyakit akibat kekurangan vitamin C, kerana buah oren mengandungi asid folik
Buah Prune - adalah jenis buah yang mempunyai banyak zat besi dibanding buah epal dan betik. Dalam jus prune terdapat 3mg zat besi. Jadi cuba buah ini untuk memperlancar peredaran darah kita keseluruh tubuh.
Kacang sering dijauhi kerana mitosnya yang dapat menumbuhkan jerawat lebih banyak. Tapi tahukah? Tenryata kacang mempunyai zat besi yang banyak. Dalam 100 gram kacang terdapat 5mg zat besi dan 102mg kalsium. Jadi untuk zat besi, kacang boleh membantu kita menyebarkan oksegine dalam tubuh.
Kacang tanah, kacang hijau dan kacang soya - merupakan jenis kacang yang mudah diolah. 100 gram kacang soya mengandungi 381 kkal tenaga, dan 10 mg zat besi. Sedangkan kacang hijau mengandungi 323 kkal tenaga dan 7.5 zat besi per 100 gram.E. Sumber Zat Besi dari Makanan Olahan
Roti Gandum - adalah pilihan bagi para pelaku diet untuk memenuhiisi perutnya, selain itu ternyata gandum mengandungi zat besi yang besar, selain mempunyai fungsi mencegah penyakit jantung dan kanser. Jadi biarpun tidak melakukan diet roti gandum pun boleh menjadi pilihan buat pengikat zat besi kita.Kismis - mengandung zat besi yang sangat tinggi. Kismis juga merupakan makanan yang bersifat basa dan dapat membantu mengatasi kondisi asam tubuh.
Sereal - Makanan yang sering disajikan untuk menu sarapan ini sangat baik untuk kesihatan. ¾ cawan bijirin mengandungi 18 mg zat besi. Sedangkan 100 gram oatmeal segera mengandung 11 mg zat besi.
Buah Kering - Buah kismis, epal, pir, aprikot dan pic adalah buah yang paling sering dikeringkan. Namun buah kering yang banyak mengandung zat besi adalah kismis dan plum. Dalam ½ cawan kismis terdapat 1.9 mg zat besi dan dalam 1 cawan plum terdapat 1 mg zat besi.
Yoghurt non lemak atau susu skim - Minimum anda akan mendapatkan pertiga kandungan kalsium per hari dalam satu cawan. Kalsium akan membina dan mengekalkan kesihatan tulang.
Hmmmmm... itu dia beberapa jenis makanan sumber zat besi yang terdiri dari daging, sayuran, kekacang dan buah-buahan.


No comments:
Post a Comment