Thursday, July 10, 2014

Tatkala kita bergembira dan mereka......

Syukur alhamdulillah sebab kita duduk dibumi Allah yang aman damai ni, tiada perperangan tiada berbunuhan tidak seperti yang berlaku sekarang ini di Palastin.  Kita di sini masih boleh lena tidur, sedap makan, bergembira adakalanya sampai lupa diri, sedangkan mereka??? Darah syuhada terus mengalir dari mereka, tidak kira siapa anak-anak kecil mahupun wanita.

Bantulah mereka wahai sahabat, tak banyak sikit pun jadi.. Doa dan terus berdoa mohon pada Allah, semoga diselamatkan mereka dari kejahatan Laknatullah-laknatullah... 

Syukurlah kita bahawa anak-anak kita masih hidup senang dan bebas dari ancaman.  Masih boleh bergelak ketawa.  Mereka membunuh tak kira siapa.  Mereka lebih teruk daripada binatang.  Binatang pun masih ada kasih sayang...



Bayangkan kalau ini keluarga kita sendiri, sanggup mereka bunuh anak-anak kecil..

Sakit hati ni bagai disiat-siat, ini bukan lawan mereka, kenapa bayi kecil ini dijadikan mangsa??? Memang sungguh biadap si Laknatullah ini.  Ya Allah selamatkanlah anak-anak kecil ini dan umat islam di Palestin.

Ada orang kisah pasal ni???

Doalah pada Allah kawan-kawan.  Semoga kemenangan berpihak pada mereka yang teraniaya.  Semoga Israel Laknatullah hancur dan tunduk.

Hati aku sakit sangat-sangat.. sedih tengok mereka satu persatu di bunuh kejam oleh Laknatullah kat sana..


Cara Masukkan Pelbagai Muka Surat dalam Microsoft Word

Assalamualaikum,  dek kerana sibuk menyiapkan projek kursus bos aku, alhamdulillah aku dapat ilmu baru.   Kalau sebelum ni aku tak penah guna, tapi hari ni aku berjaya walaupun terkedek-kedek.  Mulanya bingung aku memikir macam mana nak buat muka surat untuk isi kandungan dan isi dalam kerja projek??  Dalam kalut-kalut aku teringatkan Mr. Google la pulak... Semua hanya dihujung jari.. Thanks to Allah sebab bagi aku buah fikiran diwaktu buntu ni...  apa lagi, satu kali klik aku dah jumpa jalan penyelesaian.


Mula-mula agak susah jugak. kejap jadi kejap tak jadi.  So aku letakkan diri aku dalam keadaan bertenang dan fahamkan tutorial yang diberi dalam blog di sini betul-betul. Alhamdulillah try and error, maka aku telah berjaya melakukannya.

Nak cuba?? okey aku tolong copykan tutorial tu yer..

copy from Ini Fitrah Ku


Bagaimana nak pelbagaikan nombor mukasurat dalam Microsoft Word


Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah
  • Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasurat pada muka depan iaitu pada halaman cover thesis saya.
  • Bagaimana hendak buat dua nombor mukasurat yang berbeza. Contohnya, pada daftar isi kandungan, saya mahu nomborkan muka surat bahagian ini dengan nombor roman (eg i, ii, iii, iv and so on), manakala pada bahagian content pula saya hendak nomborkan muka surat itu dengan nombor biasa pula (1, 2, 3 dan seterusnya).
  • Bagaimana hendak buat dua kali pengiraan untuk muka surat bagi file tersebut. Contohnya, jika pada bahagian daftar isi kandungan berakhir dengan muka surat v (5), bagaimanakah untuk mulakan balik pengiraan pada bahagian content tersebut bermula nombor 1.
Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:
  • Pecahkan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu kepada beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan halaman cover thesis saya itu sebagai satu seksyen, bahagian daftar kandungan satu seksyen dan bahagian content atau isi karangan saya itu satu seksyen yang lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen


Untuk pecahkan file word kita kepada beberapa seksyen yang dikehendaki
  1. Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan kepada seksyen berlainan dan klik di tempat tersebut.
  2. Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas microsoft word tersebut. Kemudian klik breaks dan pilih next page.
  3. Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam file tersebut. Untuk check sama ada betul atau tidak, klik pada kekotakinsert, klik header dan kemudian pilih edit header. Sekiranya apa yang anda telah lakukan betul, maka anda akan dapati pada bahagian bawah mukasurat terakhir seksyen pertama akan tertera Footer -Section 1- manakala pada bahagian atas mukasurat terawal seksyen kedua tertera Header -Section 2-. 
  4. Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang memang sedia ada dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama juga untuk footer anda!



Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis saya, maka saya tidak lakukan apa-apa perubahan pada footermuka surat tersebut.


  • Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar kandungan)



  • Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.

  • Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.

  • Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang dikehendaki--> pilih page numbering start at 1.

  • Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda



  • Kemudian, saya masukkan pula nombor muka surat pada seksyen ketiga (bahagian isi karangan) menggunakan langkah yang sama seperti (iv) di atas






    Selesai, tahniah! , 
     Ucap Alhamdulillah ,  Jumpa lagi, moga berjaya!




    Friday, July 4, 2014

    Bila Diri bajet Good Good...

    Pagi ni Alhamdulillah aku awal dah keluar rumah... Dah siapkan keperluan nak Mr. Hubby nak pergi kerja dan Danish.  Alhamdulillah perjalanan lancar hari ni... Jem dekat highway Setia Alam tu normal la, cuma agak lancar sikit berbanding hari-hari yang semalam... Aku lepas dari sesak setia alam before 7.30 am... means aku akan sampai awallah ke ofic...  

    Pagi ni agak terkejut, tengah aku memecut, tetiba tayar lori flying bertaburan.. mak datok.. mengucap aku.. terkezut hamba... hampir jer kene cermin kereta.  Mujur aku break. kalau tak mau pecah cermin (mungkin la) coz serpihan tayar lori kan besar besar.  Hurm... tak seperti yang diharapkan... Ada pulak bas rosak dekat lampu isyarat masuk jambatan putrajaya.  Memang dugaan.. kali ni aku terpaksa redho kalau late lagi masuk ofice... nak marah bus pun buat apa, bukan dia minta bus tu nak rosak.. dia pun tak mahu.

    Alhamdulillah... Akhirnya.... Aku tak late, lagi seminit jer kalau aku lambat memang merah lah puch card aku buat kali ke..... (hehehe rahsia).  Tapi dekat depan mesin punch card tu adalah seorang hamba allah dan teman2nya bajet diri tu good2... geram pulak la hati ni... Macamlah dia orang tu bagus sangat.  Siap perli2... Tak semua orang tu perfect okey... Janganlah nak tunjuk diri tu berintegriti sangat okey.. Bengang jer... Tak payah nak cakap kuat kuat tentang MASA yang kononnya kita ni tak menghargai masa.  What ever lah.. Ada aku kesah???? Aku memang rimas dengan orang yang suka bajet diri tu good good... Bak kata ustaz diceramah IKIM, Si Bangau.. Sekian. Assalamualaikum.


    Tuesday, July 1, 2014

    Lagi Tentang Khasiat Susu Kambing!



    Susu kambing terbaik tau... 

    Assalamualaikum,  hari ni tetiba aku dan Ummi bercerita tentang susu kambing.. al maklumlah tak lama lagi nak Hafiy nak dapat adik.. hehehehe. Dulu dah pernah share pengalaman bos ku menggunakan susu kambing sebagai ganti susu formula untuk anaknya dan hasilnya. 

    Di sini aku nak bagi Tips untuk minum susu kambing bagi yang takut rasa dan bau hamis kambing tu, pertama buang tanggapan negativ ualls tentang bau susu kambing coz pada aku rasanya sama macam susu kotak Marigold tu.   Ualls yang menjadikan susu tu rasa tak nyaman.  Then susu kambing yang beli segar ni, dia dalam keadaan sejuk beku, biarkan susu cair then panaskan susu ni macam kita panaskan susu bayi. Minum waktu dia panas @ hangat-hangat manja giteww.. lebih enak rasanya berbanding minum sejuk.  

    Ni lagi artikel aku dapat tentang susu kambing.

    copy from Khasiat Susu Kambing


    Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:

    v  Tidak menyebabkan alahan.
    v  Membantu sistem imunisasi tubuh.
    v  Bersifat alkali.
    v  Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
    v  Membantu sistem penghadaman.
    v  Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
    v  Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.

    v  Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
    ü  Protein 2.1 kali ganda
    ü  Kalsium 2.2 kali ganda
    ü  Zat Besi 2.0 kali ganda
    ü  Potasium 2.1 kali ganda
    ü  Vitamin A 3.8 kali ganda
    ü  Garam Galian 2.0 kali ganda
    ü  Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

    v  Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
    v  Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.

    Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.  Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.  Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

    Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.  Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

    Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).  Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).  Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

    Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:

    v  Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
    v  Membolehkan penggumpalan darah
    v  Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
    v  Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
    v  Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
    v  Mengawal degupan jantung
    v  Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
    v  Menyingkirkan toksin dalam kolon
    v  Menurunkan tekanan darah
    v  Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
    v  Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

    Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

    Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

    Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

    Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

    Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

    Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.


    Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.


    Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
    VITAMIN
    KAMBING
    KERBAU
    LEMBU
    Vitamin A
    2070
    1669
    1560
    Vitamin D
    23.7
    tiada
    tiada
    Riboflavin
    1.84
    1.07
    1.75
    Nicotinic Acid
    1.87
    1.71
    1.94
    Choline
    150
    tiada
    121
    Inositol
    210
    tiada
    110
    Vitamin B1
    0.0006
    0.0043
    0.0043


    Jadual Kegunaan Vitamin
    NAMA VITAMIN
    KEGUNAAN
    VITAMIN
    KEKURANGAN
    VITAMIN
    Vitamin A (Retinol)
    Kekuatan gigi, tulang , tisu lembut, salutan mucus.
    Memelihara kulit.
    Penglihatan yang jelas & normal.
    Untuk kesuburan kelahiran.
    Untuk menolong ibu susuan.
    Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.

    Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah  - Osteoporosis
    Vitamin D
    Vitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia meningkatkan sistem imuniti. 

    Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot  pada tangan kaki dan tekak.
    Riboflavin
    Riboflavin  perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran.  Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut, menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.

    Kekurangan  boleh menyebabkan :
    Keletihan, lemah badan.
    Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
    Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).  
    Gatal kulit, pening, rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
    Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental
    Choline
    Choline mengawal berat badan dan level cholesterol. Ia menyihatkan salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones.  Ia juga memilihara system saraf, daya peringatan dan daya belajar.  Ia juga memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.
    Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa kepada penyakit ginjal. 
    Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
    Inositol
    Inositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada.
    Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit – gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik level cholesterol kita.
    Vitamin B1
    Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar.  Untuk Kanak Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah.  Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulan
    Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
    Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
    Kegelisahan, gangguan tidur.
    Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
    Sakit pada bahagian abdomen.
    Sembelit
    Gangguan mental atau emosi.

    Okey, Kalau suka artikal ni boleh like, kalau lagi suka berganda-ganda share la dengan kawan-kawan.  moga semua orang pun boleh dapat manfaatnya.  Daa.. Assalamualaikum....


    Wedding Gift - Cerita dulu-dulu

    Assalamulaikum, sebenarnya cuma nak post wedding gift yang dapat masa dolu-dolu... walaupun cerita dah basi.. tapi nak post juga. tak kira... hehehe.. thanks la yer sapa hadiahkan pada kami...  Jasamu dikenang... saya suka.. saya suka...


    Buku Indahnya Hidup Bersyariat, terbaik... i like.. thanks kepada yang menghadiahkannya.
    Beg ni dari palembang indonesia.. jauh datang kemari...
     

    kelengkapan rumah.. alhamdulillah.. terselit kain renda satu...

    Kain renda dari medan indonesia.  Thanks sepupu ku.. Pinggan mangkuk, periuk lengkap.  Kipas ni sangat membantu coz musim panas.  Album gambar pun ada.