Friday, July 4, 2014

Bila Diri bajet Good Good...

Pagi ni Alhamdulillah aku awal dah keluar rumah... Dah siapkan keperluan nak Mr. Hubby nak pergi kerja dan Danish.  Alhamdulillah perjalanan lancar hari ni... Jem dekat highway Setia Alam tu normal la, cuma agak lancar sikit berbanding hari-hari yang semalam... Aku lepas dari sesak setia alam before 7.30 am... means aku akan sampai awallah ke ofic...  

Pagi ni agak terkejut, tengah aku memecut, tetiba tayar lori flying bertaburan.. mak datok.. mengucap aku.. terkezut hamba... hampir jer kene cermin kereta.  Mujur aku break. kalau tak mau pecah cermin (mungkin la) coz serpihan tayar lori kan besar besar.  Hurm... tak seperti yang diharapkan... Ada pulak bas rosak dekat lampu isyarat masuk jambatan putrajaya.  Memang dugaan.. kali ni aku terpaksa redho kalau late lagi masuk ofice... nak marah bus pun buat apa, bukan dia minta bus tu nak rosak.. dia pun tak mahu.

Alhamdulillah... Akhirnya.... Aku tak late, lagi seminit jer kalau aku lambat memang merah lah puch card aku buat kali ke..... (hehehe rahsia).  Tapi dekat depan mesin punch card tu adalah seorang hamba allah dan teman2nya bajet diri tu good2... geram pulak la hati ni... Macamlah dia orang tu bagus sangat.  Siap perli2... Tak semua orang tu perfect okey... Janganlah nak tunjuk diri tu berintegriti sangat okey.. Bengang jer... Tak payah nak cakap kuat kuat tentang MASA yang kononnya kita ni tak menghargai masa.  What ever lah.. Ada aku kesah???? Aku memang rimas dengan orang yang suka bajet diri tu good good... Bak kata ustaz diceramah IKIM, Si Bangau.. Sekian. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment