Thursday, February 28, 2013

Kek Coklat Kukus Moist

Assalamualaikum, dah lama rasanya tak buat kek kukus ni.. memang sedap.. dulu masa tengah rajin boleh dikatakan tiap minggu buat kek ni.. tapi sekarang mood malas melanda.. Jom Eka kongsikan resepi ni untuk anda semua.  Ni resepi Eka dapat daripada My Auntie Madam Niza.  Sangat-sangat mudah & uoolls tidak memerlukan mixer. Nyum Nyum...  Apa lagi ditunggu, Jom kita buat Kek!




Bahan A :

1 1/2 Mug tepung gandum
1 Mug serbuk koko
1 sudu besar soda bikarbonat



Bahan B : 

1 Mug air panas
1 Mug gula
1 Mug minyak masak
1 Tin susu pekat manis
4 biji telur


Cara - cara:

1.  Ayak Bahan A bersama.

2.  Bahan B - kacau air panas bersama gula sehingga larut.  Kemudian masukkan susu pekat manis beserta minyak masak dan dikacau. (untuk lebih mudah gunakan whisk semasa mengacau bahan-bahan ini)

Whisk
3.  Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau sebati (Jangan terlalu lama sebab boleh buat kek tidak moist nanti)

4.  Masukkan telur kedalam Bahan B dan kacau sebati.

5. Okey, masukkan kedalam bekas yang sepadan. Kek sedia dikukus, untuk bekas yang besar, kukus selama 1 jam.

6. Dah masak kek, kita topping la dengan coklat, taburkan sedikit coklat rice.. mmmmuah... memang sedaplah!

Dah habis bacakan??? Apa lagi. SHARE la kat kawan-kawan... tak rugi pun... Jangan lupa cuba tau!!!

Resepi Lasagna


Assalamualaikum,  kali ini eka akan kongsikan resepi yang telah diajar oleh Auntie Eka iaitu  "Lasagna". Alhamdulillah Eka berjaya membuatnya dan family serta kawan-kawan sukakannya.. Nyum nyum.. memang sedaplah.. Lasagna ni, Eka suka yang basah-basah tu.. Makanan penambah berat badan ni memang sentiasa sedap.. Jadi apa lagi ditunggu.. Jom kita buat. (Resepi ni main campak-campak dan sesedap rasa, tak ada jumlah yang di tentukan)


Bahan-Bahan (dapat 2 bekas 8x8):


Sekotak Instant Lasagna (kuantiti ikut bekas yang di guna - rendamkkannya)  


Kuah Merah


1 paket daging hancur (ikut byk mana kita suka, dan direbus dahulu)
1 botol prego (saya guna brand kimball yang kecil, sedap juga)
1 tin cendawan butang (ikut suka dan dipotong)
1 paket kecil sayur campur (ikut sesedap rasa)
Brokoli (potong kecil)
Cili Benggala (potong dadu)
1 - 3 Sudu besar cili kering kisar (kalau nak pedas)
Lada hitam
Perasa (garam gula)


Kuah Putih

2 - 3 sudu mentega
3 - 4 sudu tepung gandum
1 Kotak besar Susu Full Cream
Sedikit Cream Cheese (ikut suka, jika suka lemak tambah lagi)
1 Kiub Pati Ayam
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Mix Herb



Cara-Cara Kuah Merah:

1.  Masukkan prego dan cili kering kisar ke dalam daging yang telah masak tadi.  Setelah masak, masukkan cendawan butang, sayur campur, brokoli, dan cili benggala.  Akhir sekali masukkan sedikit lada hitam dan perasa.

2.  Biarkan seketika.


Cara-Cara Kuah Putih:

1.  Panaskan mentega dengan api yang perlahan.  Goreng tepung sehingga kekuningan.

2.  Masukkan susu full cream dan kacau sebati.  Setelah itu, masukkan cream cheese dan kiub pati ayam, kacau sebati. Akhir sekali masukkan sedikit lada putih dan lada hitam.


Cara-Cara Penyediaan Lasagna:

1.  Sediakan bekas yang boleh digunakan di dalam oven.

2.  Masukkan kuah merah dan ratakan, kemudian lapiskan dengan instant lasagna, masukkan pula kuah putih dan di tabur dengan Mix Herb, lapiskan dengan instan lasagna.  Ulang sehingga bekas penuh, Lapisan akhir mestilah di akhiri dengan kuah putih.

3.  Dah siap, masukkan dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama 1 jam..

4.  Dah masak.. boleh dimakan semasa panas atau pun sejuk.


bahasa agak berterabur sedikit.. harap semua faham la yer... gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati... jumpa lagi..

Dah habis bacakan??? Apa lagi. SHARE la kat kawan-kawan... tak rugi pun...


Ibnu Sina



Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arabابن سینا Ibn Sīnā‎), atau dikenali sebagai "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

Sejarah dan latar belakang
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logikmatematiksainsfiqah, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Sumbangan
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalambahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: کتاب الشفاء) yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga" dibelakangAristotle dan al-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Penulisan Lain
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.


Teori Perubatan
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humor iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya".

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanahairapi dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Falsafah
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".
Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah ("Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Dah habis bacakan??? Apa lagi. SHARE la kat kawan-kawan... tak rugi pun...

Habbatus Sauda Dan Khasiatnya

Assalamualaikum, artikel ni saya amik dari Anizyn, minggu lepas pergi cafe beli sarapan pagi, ada tergantung paket-paket kecil, kurma, mangga kering, zaitun, badam dan terpandang la Habbatus Sauda ni... Apa lagi, saya pun beli la di sebabkan sedang menjalani program Diet Atkins dan juga sebab saya ni suka mengunyah.. maka dijadikanlan habbatus sauda ni sebagai bahan kunyahan saya.. hehehe.

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin.  Ia mempunyai khasiat yang amat tinggi.


Mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya.  Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.  Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .


Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Nilai Pemakanan - Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi - Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti histamine - Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti tumor - Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti bakteria - Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti radang (anti inflammation) - Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2 tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina - Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim - Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller - Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Khasiat Habbatus SaudaProfessor Michael Meurer - Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. 

Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Dah habis bacakan??? Apa lagi. SHARE la kat kawan-kawan... tak rugi pun...


Cara Center'kan Blog Title

Assalamualaikum.  Hai, ini ada sedikit tutorial yang saya baru belajar dan berjaya buat.  Harap tutorial ni membantu siapa yang baru lagi dalam dunia blog macam saya ni... Macam kata Cik Ninie "Untuk tutorial ni, saya rasa header tu akan nampak cantik kalau guna template SIMPLE sebab nampak lagi kemas".  Apa lagi, jom cuba.

1. Dashboard > Design > Template Designer > Templates: Simple (1st Box)

Pilih Template - Edit design blog (Font untuk header boleh tengok di Template > Advanced > Blog Title)  Kalau dah puas hati dengan pilihan tu.. Click Apply to Blog. Tajuk Blog akan berada di sebelah kiri blog anda.  Seterusnya...

2.  Dashboard > Design > Edit HTML > Click "Expand Widget Templetes"

3.  Tekan Ctrl+f serentak > copy code ini  .Header h1 {  Dah jumpa?? Ok, kalau dah jumpa. Paste code ini ext-align: center; di bawah code font: $(header.font);

Contoh:

.Header h1 {
  font: $(header.font);
  text-align: center;
  color: $(header.text.color);
  text-shadow: $(header.shadow.offset.left) $(header.shadow.offset.top) $(header.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .2);
}


Rujukan : Oh Ninie


Monday, February 25, 2013

Gambar Bergerak (Imej Hover)

Assalamualaikum,  Nak tak buat gambar dalam blog kita goyang-goyang ala hindustan.. hehehe.  Ok saya dapat tutorial ni daripada Chibi Bunny.  Sangat gembira rasanya sebab berjaya buat IMEJ HOVER macam yang ada kat blog saya ni.  Semua imej shake kan...


1. Log In Blogger > Dashboard > Design > Edit HTML
2. Tick pada Expand Widget Templates.
3. Ctrl+F dan taip  ]]></b:skin>  
4. Jumpa tak?? Kalau jumpa.... Copy kod di bawah ni dan paste atas kot ]]></b:skin> ni..



.img{
-webkit-transition: 1.0s;
-moz-transition: 1.0s;filter: blur(2px);
-webkit-filter: blur(2px);
-moz-filter: blur(2px);}
img:hover{
-webkit-animation-name: shake;
-webkit-animation-duration: 2s;
-webkit-animation-iteration-count: infinite;
-webkit-animation-timing-function: ease-in-out;
filter: none;
-webkit-filter: blur(0px);-moz-filter:blur(0px);
filter:progid:DXImageTransform.Microsoft.Blur(PixelRadius='0');}
@-moz-keyframes shake /* Firefox*/
{
{ -ms-transform:: translate(-1px, -2px) rotate(-1deg); }
20% { -moz-transform: translate(-3px, 0px) rotate(1deg); }
30% { -moz-transform:  translate(0px, 2px) rotate(0deg); }
40% { -moz-transform:  translate(1px, -1px) rotate(1deg); }
50% { -moz-transform:  translate(-1px, 2px) rotate(-1deg); }
60% { -moz-transform:  translate(-3px, 1px) rotate(0deg); }
70% { -moz-transform:  translate(2px, 1px) rotate(-1deg); }
80% { -moz-transform:  translate(-1px, -1px) rotate(1deg); }
90% { -moz-transform: translate(2px, 2px) rotate(0deg); }
100% { -moz-transform:  translate(1px, -2px) rotate(-1deg); }
}
@-ms-keyframes shake /* IE9*/
{
10% { -ms-transform:: translate(-1px, -2px) rotate(-1deg); }
20% { -ms-transform: translate(-3px, 0px) rotate(1deg); }
30% { -ms-transform: translate(0px, 2px) rotate(0deg); }
40% { -ms-transform: translate(1px, -1px) rotate(1deg); }
50% { -ms-transform: translate(-1px, 2px) rotate(-1deg); }
60% { -ms-transform: translate(-3px, 1px) rotate(0deg); }
70% { -ms-transform: translate(2px, 1px) rotate(-1deg); }
80% { -ms-transform: translate(-1px, -1px) rotate(1deg); }
90% { -ms-transform: translate(2px, 2px) rotate(0deg); }
100% { -ms-transform: translate(1px, -2px) rotate(-1deg); }
}
@-webkit-keyframes shake /* Safari and Chrome */
{
0% { -webkit-transform: translate(2px, 1px) rotate(0deg); }
10% { -webkit-transform: translate(-1px, -2px) rotate(-1deg); }
20% { -webkit-transform: translate(-3px, 0px) rotate(1deg); }
30% { -webkit-transform: translate(0px, 2px) rotate(0deg); }
40% { -webkit-transform: translate(1px, -1px) rotate(1deg); }
50% { -webkit-transform: translate(-1px, 2px) rotate(-1deg); }
60% { -webkit-transform: translate(-3px, 1px) rotate(0deg); }
70% { -webkit-transform: translate(2px, 1px) rotate(-1deg); }
80% { -webkit-transform: translate(-1px, -1px) rotate(1deg); }
90% { -webkit-transform: translate(2px, 2px) rotate(0deg); }
100% { -webkit-transform: translate(1px, -2px) rotate(-1deg); }
}


5. save la.. apa lagi .... sekarang boleh tengok blog tu menjadi ke tidak..?


Letak Iklan Nuffnang Dalam Blog

Saya nak kongsikan tips meletak iklan nuffnang dalam blog.  Dulu banyak kali buat, tapi tak menjadi.. tapi sekarang alhamdulillah, dah berjaya letak iklan nuffnang dengan jayanya  :).

Leaderboard (Atas Header Blog)


1. Log In Blogger > Dashboard > Design > Edit HTML
2. Click pada Expand Widget Templates
3. Ctrl+F dan taip <body
4. Kalau dah jumpa, Copy kod Leaderboard di bawah ini, dan paste bawah <body tersebut.


<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
        nuffnang_bid = "4993fff1ba4ca2798a766c10723ace58";
        document.write( "<div id='nuffnang_lb'></div>" );
        (function() {
                var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';  
                nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js';  
                var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
        })();
</script>
<!-- nuffnang-->


Contoh:



5. Save dan preview.. ok dah siap satu iklan..



Large Rectangle (Entri di Blog)



1. Log In Blogger > Dashboard > Design > Edit HTML
2. Click pada Expand Widget Templates
3. Ctrl+F dan taip "post-footer-line-3"
4. Kalau dah jumpa, Copy kod Large Rectangle di bawah ini, dan paste di atas  </b:includable>  tersebut.


<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
        nuffnang_bid = "4993fff1ba4ca2798a766c10723ace58";
        document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" );
        (function() {
                var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';  
                nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';  
                var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
        })();
</script>
<!-- nuffnang-->


Contoh:


5. Save dan preview.. ok dah siap satu lagi iklan..


Skyscraper (Sidebar Blog)


1. Log In Blogger > Dashboard > Design > Add Gadget > HTML/JavaScript
2. Copy kod Skyscrapper di bawah ini dan paste di HTML/JavaScript. Namakan gadget kamu, selepas itu, save dan siap! :)




 
<!-- nuffnang -->

<script type="text/javascript">
        nuffnang_bid = "4993fff1ba4ca2798a766c10723ace58";
        document.write( "<div id='nuffnang_ss'></div>" );
        (function() {
                var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';  
                nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js';  
                var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
        })();
</script>
<!-- nuffnang-->
                     





Letak Button "Like" dalam Blog

Button 'like' dalam blog dapat memberi gambaran secara kasar samada penunjung anda menyukai entri yang ada di blog anda.  Penggunaan button 'like' ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan trafik blog anda.



Boleh tengok contoh button 'like' di blog saya ni atau juga di unwanted86.

Langkah-langkah untuk meletak button like dalam blog :-

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > expand widget templates
backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod berikut.



<data:post.body/> 


3. Kemudian copy kod ini, dan paste di bawah kod yang anda cari di langkah 2.


<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/> 



Contoh :-
Letak Facebok Button 'Like' Dalam Blog

4. Save dan lihat hasilnya.  Kalau tak berjaya, cuba lagi yer..