Friday, February 15, 2013

Apa itu ANGIN DUDUK atau ANGINA?



Istilah angin duduk atau angina mungkin  yang pernah Anda dengar.   Pengertian angin duduk masih tidak jelas.  Ada yang menganggap angin duduk seperti masuk angin tetapi dapat mematikan, ada pula yang menganggap angin duduk sebagai hal yang berbahaya dan dapat menimbulkan kematian. Dalam istilah kedoktoran sendiri, tidak dikenal istilah angin duduk.  Apa sebenarnya yang dimaksud dengan angin duduk atau angina?


Angina
Disebut sebagai angin duduk atau angina kerana orang yang mengalaminya dapat meninggal secara tiba-tiba. Mungkin pada saat duduk tiba-tiba orang tersebut meninggal. Angin duduk berhubungan dengan jantung.  Kerana tidak ada dalam istilah kedoktoran, maka istilah yang mirip dengan yang dimaksud angin duduk adalah angina pectoris yang ditandai dengan rasa sakit pada dada sebelah kiri.

Jantung terletak pada bagian dalam dada kiri Anda.  Jantung yang kekurangan oksigen akan menyebabkan rasa sakit, itulah sebabnya dada kiri Anda terasa sakit. Rasa sakit dan dada terasa seperti ditekan dapat berlangsung mulai dari 5 minit sampai 30 . Rasa sakit ini boleh menjalar sampai ke bahu dan lengan kiri Anda. Jadi pada intinya, angin duduk atau angina merupakan penyakit jantung iskemik, yang disebabkan berkurangnya bekalan oksigen mahupun aliran darah ke jantung.

Secara garis besar, rasa sakit akibat kekurangan oksigen dapat terjadi kerana dua sebab. Yang pertama, kerana adanya penyumbatan pada pembuluh darah di sekitar jantung yang membawa oksigen.  Akibat dari penyempitan ini adalah kurangnya oksigen dari jumlah yang diperlukan.  penyebab kedua adalah adanya aktiviti berat yang mengakibatkan terjadinya lonjakan oksigen yang lebih daripada biasanya.  Aktiviti yang dapat menyebabkan lonjakan keperluan oksigen misalnya ketika berolahraga, mendaki, atau mengalami stres.


Gejala Angina
Rasa sakit atau rasa ditekan di dada, merupakan gejala yang paling dapat dirasakan ketika terkena angina.  Angina dapat menjadi peringatan bagi setengah dari mereka yang menderita serangan jantung. Beberapa orang mengalami nafas tercungap-cungap atau lelah dan perasaan longlai sebagai gejalanya. Hal ini menunjukkan bahawa jantung tidak mendapatkan cukup oksigen kerana penyumbatan koroner.  Jika Anda sering mengalami hal tersebut, segeralah ke doktor untuk pemeriksaan jantung Anda.  Meskipun demikian, setelah angina diberi perawatan, tidak ada jaminan bahawa serangan jantung dapat dicegah.  Namun perawatan tersebut akan menurunkan risiko terjadinya serangan jantung dalam waktu terdekat.


Menghindari Angina
Perhatikan juga angka sihat tubuh yang cukup penting untuk tubuh Anda, misalnya dengan menjaga:

  • Tekanan darah
Tekanan darah dapat menyebabkan serangan angina pectoris kerana tekanan darah yang tinggi dapat membuat keperluan tubuh terhadap oksigen meningkat. Info selengkapnya tentang tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh dapati di artikel hipertensi.

  • Kadar Gula
Tingkat kadar gula yang tinggi akan menghalang proses masuknya oksigen ke jantung. Info selengkapnya tentang gula darah dan diabetes boleh didapati di artikel Diabetes.

  • Kolesterol
Tingkat kolesterol harus dipantau kerana penyumbat yang umum ditemukan pada pembuluh darah adalah lemak atau plak kolesterol. Info selengkapnya tentang kolesterol boleh didapati di artikel Kolesterol.

Melakukan pemeriksaan darah yang sederhana sering kali mengindikasikan bahaya yang menanti lama sebelum seseorang mengalami gejala yang terlihat seperti angina.  Maka, penting untuk memeriksa tahap kolesterol,  kadar gula dalam darah, dan juga tekanan darah Anda.  Menjaga agar hal tersebut dalam batas yang normal menjadi hal yang penting untuk mengelakkan angina.


Mengatasi Angina
Seseorang yang rasa sakit pada dada, sebaiknya segera memperbaiki pola hidup dan buat pemeriksaan ke doktor.  Jika keadaan ini dibiarkan tanpa perawatan, kemungkinan besar akan mencetuskan serangan jantung yang sangat fatal.

Selain itu, pola hidup tidak sihat menjadi penyebab angina dan taraf yang lebih parah iaitu serangan jantung.  Kebiasaan merokok, tidak pernah berolahraga, makanan dengan kadar kolesterol yang tinggi, obesiti atau stres dapat menjadi pencetusnya.

Angina merupakan penunjuk bahawa ada yang tidak beres pada jantung Anda kerana jika tidak dilakukan perubahan mungkin dapat menyebabkan serangan jantung yang dapat meragut nyawa.  Segeralah ubah pola hidup untuk menjalankan pola hidup yang sihat. Jangan lupa untuk berolahraga secara teratur dan jika Anda pernah terkena serangan angina atau angin duduk atau pernah memiliki penyakit jantung sebaiknya pilih senaman yang tidak terlalu berat.


sumber :  kumpulan.info


Dah habis bacakan??? Apa lagi. SHARE la... tak rugi pun...


No comments:

Post a Comment