Thursday, February 28, 2013

Kek Coklat Kukus Moist

Assalamualaikum, dah lama rasanya tak buat kek kukus ni.. memang sedap.. dulu masa tengah rajin boleh dikatakan tiap minggu buat kek ni.. tapi sekarang mood malas melanda.. Jom Eka kongsikan resepi ni untuk anda semua.  Ni resepi Eka dapat daripada My Auntie Madam Niza.  Sangat-sangat mudah & uoolls tidak memerlukan mixer. Nyum Nyum...  Apa lagi ditunggu, Jom kita buat Kek!




Bahan A :

1 1/2 Mug tepung gandum
1 Mug serbuk koko
1 sudu besar soda bikarbonat



Bahan B : 

1 Mug air panas
1 Mug gula
1 Mug minyak masak
1 Tin susu pekat manis
4 biji telur


Cara - cara:

1.  Ayak Bahan A bersama.

2.  Bahan B - kacau air panas bersama gula sehingga larut.  Kemudian masukkan susu pekat manis beserta minyak masak dan dikacau. (untuk lebih mudah gunakan whisk semasa mengacau bahan-bahan ini)

Whisk
3.  Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau sebati (Jangan terlalu lama sebab boleh buat kek tidak moist nanti)

4.  Masukkan telur kedalam Bahan B dan kacau sebati.

5. Okey, masukkan kedalam bekas yang sepadan. Kek sedia dikukus, untuk bekas yang besar, kukus selama 1 jam.

6. Dah masak kek, kita topping la dengan coklat, taburkan sedikit coklat rice.. mmmmuah... memang sedaplah!

Dah habis bacakan??? Apa lagi. SHARE la kat kawan-kawan... tak rugi pun... Jangan lupa cuba tau!!!

No comments:

Post a Comment